Dushanbe (pend. 359 000) ialah ibu negara dan
bandar terbesar di Tajikistan. Bandar ini terletak
di lembah ladang kapas di kaki bukit Gissar
dalam pergunungan Tian Shan (lihat Tajikistan
[peta]).
Almaty (pend. 1 147 000) dieja juga Alma-Ata ,
ialah ibu negara Kazakhstan. Bandar ini terletak di
tenggara Kazakhstan, dalam sebuah lembah
bersaliran di kaki banjaran gunung Tian Shan (lihat
Kazakhstan [peta]).