Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam hormat, Adakah rangkai kata " Dalam pada itu..." penanda wacana@ kata hubung? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang membawa kesinambungan antara wacana sebelum dengan wacana seterusnya.Tatabahasa02.02.2015
Salam Tuan, Adakah frasa "dalam pada itu" betul tatabahasanya? Apakah maksud yang diberikan oleh frasa tersebut? Sekian, terima kasih.Kata hubung "dalam pada itu" digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa29.11.2012
(1) Adakah penggunaan penanda wacana 'Dalam pada itu' sama dengan 'Di samping itu'? (2) Adakah penanda wacana 'Dalam pada itu' dikaitkan dengan elemen masa?Penggunaan penanda wacana bergantung pada konteks ayat sama ada menunjukkan eleman masa atau yang selain daripadanya. Lazimnya frasa "di samping itu" digunakan apabila menulis dua huraian dalam satu ayat, manakala frasa "dalam pada itu" digunakan apabila menerangkan pendapat yang berbeza. Tatabahasa31.08.2020
Bolehkah: 1) ... adalah seperti... 2) ... adalah bukan... 3) ... adalah seorang ... 4) Di samping itu, ... 5) Dalam pada itu, ... 6) jawapan / jawaban 7) Telefon bimbit .... Ia merupakan... 8) ...kumpalan titik atau unjuran di mana daya dikenakan secara...1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif seperti "adalah seperti" dan "adalah merah".
2. Frasa "di samping itu", "dalam pada itu", jawapan/jawaban, betul.
3. Ia merupakan boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut dan perkataan "di mana" tidak digunakan dalam ayat penyata. Sila gantikan dengan perkataan (kata hubung) yang sesuai untuk menggantikan kata "di mana".
Tatabahasa30.04.2013
Salam. 1. Saling menghormati ATAU saling hormat menghormati? 2. Adakah frasa 'Dalam pada itu' betul? Cikgu saya kata salah. Jika betul, apa maksudnya? Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah "saling menghormati" dan "hormat-menghormati" kerana hormat-menghormati ialah perbuatan bersalingan antara dua pihak, maka tidak perlu lagi perkataan saling. Manakala frasa "Dalam pada itu" boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai penanda wacana yang menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.

 


  
Tatabahasa18.02.2021
Saya cuba mencari jawapan untuk frasa "seperti pada lampiran atau seperti dalam lampiran" dan saya menemui jawapan yang diberikan oleh panel DBP seperti yang berikut. 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut. Persoalan saya, bukankah kedua-dua partikel "seperti" dan "pada" atau "dalam" merupakan kata sendi nama yang tidak boleh digandingkan bersama kerana dianggap lewah. Hal ini samalah juga dengan isu "hingga ke', "selain daripada", "sejak dari" dan sebagainya. Sekiranya menurut prinsip Tatabahasa Dewan, frasa sebegini dianggap sebagai kesalahan tatabahasa. Selain itu, adakah "dalam pada itu" juga dianggap betul atau sebagai bentuk kekecualian? Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "seperti lampiran" dan frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa28.11.2018
Bolehkah menggunakan perkataan 'tengah' bagi ayat ini dalam penulisan karya kreatif atau saya kena guna perkataan 'sedang'? Sebab kalau dalam perbualan harian, dah terbiasa guna perkataan 'tengah'. Contoh: "Mak Jah tengah sakit tenat tu."Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud perkataan tengah ialah sedang (melakukan sesuatu), dalam pada itu, pada waktu (ketika) itu. Oleh itu, perkataan tengah boleh digunakan dalam ayat di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=tengah
Makna15.03.2021
apa yang membezakan penggunaan perkataan sementara dan sementara itu?Perkataan sementara digunakan dalam konteks makna yang yang dibawanya, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sementara+ untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut. Frasa sementara itu bermaksud pada ketika itu atau dalam pada itu. Maka penggunaan frasa tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks makna yang dibawa.Tatabahasa01.10.2012
1. Kerajaan undang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi [menyampai] ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut adalah sempena kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen melibatkan ahli-ahli DUN dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan kepada pengalaman luas beliau serta kepakarannya [terutama mengenai] sistem kerajaan. 4. [Atas sebab itu], kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. [Tambah Jabu,] ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atas di peringkat negeri. 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka [untuk kita] memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. [Dalam pada itu selain Jabu,] Jocelyne yang juga merupakan presiden emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri. 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus-kursus khusus bagi memperluaskan pendedahan mereka.1. Kerajaan mengundang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen.
2. Kunjungan tersebut bersempena  dengan kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen yang melibatkan ahli DUN dan pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong.
3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan pada pengalaman luas beliau serta kepakarannya mengenai sistem kerajaan.
4. "Atas alasan yang demikian, kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu.
5. Tambah Jabu, "ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atasan negeri".
6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka untuk memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
7. Dalam pada itu selain Jabu berkata, "Jocelyne yang juga merupakan Presiden Emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri".
8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus khusus bagi memperluas pendedahan mereka.
Tatabahasa06.11.2015
Tolong berikan maksud and penggunaan "pada hal" dan "salam pada itu" Terima kasih1. Frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang membawa kesinambungan antara wacana sebelum dengan wacana seterusnya. Kamus Dewan menakrifkan "dalam pada itu" sama maksudnya dengan "sementara itu". Frasa ini telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya penutur jati bahasa Melayu. Data korpus juga banyak merakamkan bentuk kata ini. 

2. Perkataan "padahal" merupakan kata hubung bermaksud mengikut hal yg sebenarnya; sebetulnya: contohnya Mengapa ia jadi begitu? ~, ibu bapanya orang baik-baik. 
Tatabahasa03.10.2017
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam pada itu