Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KIPAS

Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat

tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan

dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di

udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria

dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas

tangan yang diperbuat daripada daun palma.

Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas

mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas

digunakan juga untuk mengibas lalat daripada

bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira

pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M.

UMUM
TARTARY

Tartary, pada masa dahulu ialah nama bagi

sebuah wilayah yang sangat besar di Eropah dan

Asia yang didiami oleh puak Tartar. Wilayah ini

terletak di luar Tembok Besar China merangkumi

bahagian utara China, Mongolia, Xinjiang, dan

bahagian selatan Rusia. Kini, nama Tartary

selalunya digunakan cuma pada kawasan yang

dikenal sebagai Xinjiang atau Turkestan China dan

juga sebahagian besar bahagian barat Mongolia.

UMUM
ZION

Zion, nama sebuah bukit yang memanjang di

bahagian timur bandar Baitulmaqdis di Palestin.

Pada zaman dahulu bukit ini dikenali sebagai

Sahyun, sebagai tanda sebahagian daripada

bandar yang didiami oleh orang Arab al-

Yabusiyyun, iaitu penduduk bandar Yabus yang

tercatat kewujudan mereka pada zaman dahulu.

UMUM
SULTAN

Sultan ialah gelaran penghormatan yang diberikan

kepada raja dan pemerintahan Islam. Perkataan sultan

bermakna berdaulat, tetapi pada zaman dahulu ia

bermakna seseorang yang tegas dan amat berkuasa.

Gelaran tersebut telah digunakan sejak kira-kira tahun

900. Pemerintah Empayar Uthmaniyyah dikenali

sebagai sultan. Ramai sultan yang memiliki kekayaan,

tetapi kini beberapa orang sahaja yang mempunyai

kuasa seperti raja pada zaman dahulu.

UMUM
PUJANG G A

Pujang g a ialah penyair zaman dahulu. Pujangga

yang paling masyhur tinggal di Kawasan Celt

seperti Ireland, Scotland, dan Wales pada Zaman

Pertengahan. Mereka merupakan penyair

profesional yang bersyair tentang wira negara,

biasanya mempersendakan mereka melalui satira.

Pada umumnya pujangga bersyair dengan iringan

hap atau alat muzik bertali yang lain. Mereka

menurunkan bahan mereka daripada seorang

pujangga kepada seorang pujangga yang lain.

Pujangga menggunakan teknik puisi seperti

aliterasi dan rima dalaman. Menjelang tahun 1700-

an, pujangga Celt tidak lagi merupakan tokoh

budaya yang utama. Tradisi pujangga kini hanya

dapat bertahan dalam pesta rakyat, seperti

eisteddfod di Wales.

UMUM
SUSA

Susa, juga dinamakan Shush pada suatu masa

dahulu merupakan ibu kota kerajaan purba Elam

dalam Empayar Parsi. Sebahagian puing bandar

ini terletak di provinsi Khuzistan, di barat daya

Iran.

UMUM
TIN

Tin ialah buah yang telah ditanam lebih daripada

4000 tahun dahulu. Ia mungkin berasal dari barat

daya Asia, kemudian tersebar ke kawasan

Mediterranean . Dokumen orang Yunani, Rom, dan

Mesir purba memerikan kepopularannya sebagai

makanan.

UMUM
TIMBANGAN APOTEKARI

Timbangan apotekari ialah satu sistem

timbang yang pada satu masa dahulu digunakan

secara meluas oleh pakar farmasi bagi tujuan

preskripsi. Sistem timbang ini membahagikan

setiap paun kepada 12 auns, setiap auns kepada

8 dram, setiap dram kepada 3 skrupel dan setiap

skrupel kepada 20 grain. Dalam sistem apotekari

dan troy, 5760 grain menjadikan 0.37 kilogram.

Dalam sistem avoirdupois ada 7000 grain dalam

0.45 kilogram.

Lihat juga Sistem metrik; Timbangan dan

ukuran.

UMUM
MESIN PEMBANTING

Mesin pembanting ialah mesin yang

digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk

membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya.

Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari

bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina

mesin pembanting praktikal yang pertama pada

tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting

dan menganginkan bijian dengan tangan iaitu,

kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting

membolehkan petani memproses bijian dengan

lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan

tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin

telah menggantikan kebanyakan mesin

pembanting (lihat Mesin penuai kombin).

UMUM
SPARTA

Sparta, juga dikenali sebagai Lacedaemon, ibu

negeri Laconia, pada suatu masa dahulu

merupakan negara kota yang paling berkuasa di

Yunani purba. Sparta masyhur dengan kuasa

ketenteraannya dan kesetiaan askarnya.

Penghormatan yang paling tinggi bagi seorang

penduduk Sparta ialah terkorban semasa

mempertahankan negerinya. Ketahanan, kebencian

terhadap benda mewah, dan ketegasan yang sukar

digoyah, masih disebut dalam perbandingan

sebagai sikap atau sifat baik penduduk Spartan.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahulu

Puisi
 

Dari dahulu cermin cina,
     Sampai sekarang patah kakinya;
Dari dahulu tuan punya,
     Sampai sekarang lain gantinya.



Lihat selanjutnya...