Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
soalan saya: sejak dahulu lagi/ sejak dari dahulu lagi/ dari dahulu lagi ? yang mana satu tepat?

Salam sejahtera,

Sejak
bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Oleh itu, 'sejak dahulu lagi' dan 'dari dahulu lagi' merupakan frasa yang tepat.

Tatabahasa16.11.2012
soalan pertama: sejak dahulu lagi / sejak dari dahulu lagi / dari dahulu lagi / soalan kedua : rumah baru / rumah baharu soalan ketiga: Johor Bahru/ Johor Bharu ribuan terima kasih .

Salam sejahtera,

Sejak
bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Bagi soalan yang pertama jawapan yang betul ialah 'sejak dahulu lagi.'

Kamus Dewan menakrifkan baharu sama dengan baru, iaitu belum/tiada sebelumnya. kedua-duanya digunakan dalam menyatakan sesuatu yang baru atau baharu seperti rumah baru atau rumah baharu. Untuk soalan kedua, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat.

Jawapan bagi soalan yang ketiaga ialah Johor Bahru.

Tatabahasa09.11.2012
Dahulu saya menggunakan ungkapan perkara berikut. Ungkapan ini dikatakan tidak tepat. Ungkapan yang tepat ialah perkara yang berikut. Saya sudah menggunakan ungkapan ini. Cuma saya tidak mampu menjelaskan sebab perkataan yang perlu ada dalam ungkapan ini. Mohon pencerahan.'Yang' ialah kata hubungan pancangan relatif yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Tatabahasa21.01.2013
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH.Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum.Lain-lain29.10.2007
Ratusan tahun dahulu dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKAyat tersebut adalah betul dan perlu ditambah tanda koma selepas perkataan "dahulu". Ratusan tahun dahulu, dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan.Tatabahasa08.04.2012
antara soalan berikut yang manakah boleh digunakan. 1. saya balik dulu. 2. saya balik dahulu. dan pertanyaan lain ialah... apa beza antara dulu dengan dahulu??Ayat dan ejaan yang betul ialah "Saya balik dahulu", dulu lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan dan dahulu ialah kata yang digunakan dalam konteks rasmi dan penulisan. Tatabahasa27.05.2011
Salam sejahtera Tuan, apakah perbezaan di antara perkataan 'dulu' dan 'dahulu'? Terima kasih.

Dulu ialah bahasa percakapan dahulu, oleh itu dalam penulisan/situasi rasmi kata dahulu yang digunakan. 

Lain-lain10.05.2010
Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan,kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta India Tuan,saya nak tanya perkataan kata sendi nama kepadaadalah salah digunakan di sini ya.Jika adalah salah setakat perlu tukar kepada apa kata sendi namaKepada ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut:

1. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia.
2. Menyatakan pecahan.
3. Menyatakan perubahan keadaan.

Cadangan jawapan yang diberikan salah. Jawapan yang betul ialah pada.
Tatabahasa06.01.2021
Terlebih dahulu saya pohon maaf jika mengganggu pihak tuan. Saya adalah penulis buku yang berjudul Tina Dengan Ratu Semut. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan tentang status buku Tina Dengan Ratu Semut di mana apabila saya membuat semakan dalam sistem Pejabat Maya DBP saya mendapati nama penulis telah ditukar kepada Puan Ros Azirai Binti Muhammad. Justeru saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang perubahan kerana setakat hari ini saya tidak mendapat apa-apa berita mengenainya. Untuk makluman pihak tuan saya telah menandatangani kontrak pernerbitan dengan pihak tuan. Saya sangat berharap agar mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan.Wksalam Puan Normie. Pihak kami ambil maklum tentang perkara ini. Untuk makluman puan, hal yang demikian berlaku atas kesilapan teknikal (dari segi pemasukan data penulis/manuskrip). Bahagian Sistem Maklumat DBP telah pun membuat pembetulan dan pihak kami memohon maaf atas kesilapan tersebut. Dari segi status, manuskrip ini telah diserahkan ke Bahagian Pengeluaran untuk urusan pracetak dan percetakan pada awal tahun ini. Sebarang perkembangan tentang manuskrip ini, sila hubungi editor Pn. Azihani di talian 03-21479293 atau melalui e-mel azihani@dbp.gov.my Terima kasih. Ketua Editor (BKR)Lain-lain20.06.2016
Terlebih dahulu ucapan terma kasih kerana menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Ini berkenaan kata ganti nama tanya. Apakah kata ganti nama tanya untuk masa? Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Apakah waktu sembahyang sekarang? Apakah waktu sekarang? Pukul berapakah sekarang? Hari apakah mesyuarat di adakan? Hari bilakah mesyuarat di adakan?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Bilakah hari perkahwinan anda?
2. Pukul berapakah sekarang?
3. Hari apakah mesyuarat diadakan?
Tatabahasa22.02.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahulu

Puisi
 

Dari dahulu cermin cina,
     Sampai sekarang patah kakinya;
Dari dahulu tuan punya,
     Sampai sekarang lain gantinya.



Lihat selanjutnya...