Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apa terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah kata nama khas 'Daerah Kecil' seperti yang digunakan bagi istilah Daerah-Daerah Kecil di Sarawak (seperti Daerah Kecil Sundar, Daerah Kecil Padawan, dll)? Saya tidak menemui sebarang pentakrifan di Carian Kata.Terjemahan bahasa Inggeris bagi perkataan Daerah Kecil ialah Subdistrict.Istilah05.02.2019
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia?

Di Malaysia bahasa daerah merujuk kepada loghat atau dialek. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. contohnya dialek Kelantan , dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan dan sebagainya.  Sebagaimana yang kita sedia maklumsuku bangsa yang terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan suku kaum orang asli. DBP lebih menumpukan penerbitan dalam bahasa Melayu. Contoh buku bahasa sukuan yang telah diterbitkan antaranya Kamus Melanau Mukah – Bahasa Melayu dan Kamus  Bahasa Iban- Bahasa Melayu.

Lain-lain11.09.2017
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia?Tiada terbitan khusus yang menyenaraikan dialek di seluruh negara kita. Lazimnya dialek mengikut negeri-negeri, namun negeri Sabah dan Sarawak mempunyai puluhan dialek yang ditutur oleh suku kaum di sana. Buku Susur Galur Bahasa Melayu, tulisan Prof. Emeritus asmah Haji Omar membicarakan beberapa dialek seperti dialek Selangor, Pahang, Melaka, Kedayan dan Urak Lawoi.Lain-lain02.10.2017
adakah setiap perkataan asing yang digunapakai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dibincang dan dipilih oleh panel DBP seperti perkataan Jawa, Inggeris dan dailek(daerah-daerah di negeri-negeri di Malaysia) contohnya sekarang kita menggunakan perkataan Tuntas, Transformasi, jom dll.Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel).  

Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke bahasa Melayu. Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa14.03.2013
Assalamualaikum. Tuan, Selaku seorang penulis teks ucapan saya sering mengalami masalah meletakkan nama panggilan pegawai-pegawai mengikut jawatan masing-masing. Contoh 1: Selaku tuan rumah majlis persaraan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, dalam ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, apakah penggilan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan daerah-daerah lain dan yang diraikan? Dari segi susunan pula bagaimana? Adakah yang diraikan (ketua peringkat daerah) disebut dahulu berbanding pegawai-pegawai yang berada di jabatan peringkat negeri? Terima kasih1. Sapaan kehormat "Yang Berbahagia" digunakan sekiranya individu tersebut memiliki gelaran seperti Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Penggunaan "Yang Amat Berusaha" digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan (Jusa C ke atas) dan "Yang Berusaha" kepada pegawai tinggi kerajaan.
2. Susunan ucapan mengikut kekanan pegawai berkenaan. 
Lain-lain01.09.2016
"di daerah Hulu Selangor" atau "di Daerah Hulu Selangor". Adakah huruf "d" dalam perkataan daerah perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? Terima kasih.frasa yang betul ialah "di daerah Hulu Selangor." Kata daerah ditulis huruf kecil.Ejaan29.09.2020
Soalan mengenai penggunaan huruf besar atau kecil bagi perkara-perkara berikut :- 1. Pejabat Agama Daerah atau pejabat agama daerah. Contoh ayat : Borang permohonan pendaftaran nikah boleh didapati di semua pejabat agama daerah/Pejabat Agama Daerah. 2. Mahkamah Syariah atau mahkamah syariah. Contoh ayat : Permohonan cerai boleh dibuat di Mahkamah Syariah/mahkamah syariah. 3. Surat Perakuan Nikah atau surat perakuan nikah. Contoh ayat : Setiap pasangan suami dan isteri akan diberi Surat Perakuan Nikah/surat perakuan nikah. 4. Surat Perakuan Cerai atau surat perakuan cerai. Contoh ayat : Selepas perceraian didaftarkan, suami dan isteri akan menerima Surat Perakuan Cerai/surat perakuan cerai. 5. Surat Perakuan Rujuk atau surat perakuan rujuk. Contoh ayat : Suami dan isteri yang telah merujuk semula akan diberi Surat Perakuan Rujuk/surat perakuan rujuk.

Ejaan yang betul ialah:

1. pejabat agama daerah

2. Mahkamah Syariah

3. Surat Perakuan Nikah

4. Surat Perakuan Cerai

5. Surat Perakuan Rujuk

Tatabahasa27.08.2010
Kata Sapaan untuk: i ) wakil rakyat ii) usahawan iii) ketua polis daerah iv) kadi daerahSeorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri disapa sebagai "Yang Berhormat", manakala bagi seorang usahawan, ketua polis daerah dan kadi daerah yang tidak bergelar Dato'  disapa sebagai "Tuan/Encik".Lain-lain27.05.2011
perkataan mana sepatutnya, sama ada 'dipelbagai daerah' atau 'di pelabagai daerah'?Ejaan yang betul ialah "di pelbagai daerah"Ejaan25.04.2012
Assalamualaikum. BALING dan SIK dua daerah dalam negeri Kedah yang digabungkan dalam satu pentadbiran pejabat pelajaran peringkat daerah. Oleh itu saya ingin bertanya penulisan alamat yang manakah paling tepat dan mengapa format yang lain tidak tepat atau tidak sesuai. Contoh-Contoh: 1. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING/SIK KEDAH 2. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING & SIK KEDAH 3. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING DAN SIK, KEDAH 4. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING SIK, KEDAH Terima KasihPenulisan alamat yang paling tepat PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING DAN SIK, KEDAH.Tatabahasa27.07.2011
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daerah