Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Adakah cungkil bakat dan peluang keemasan ialah simpulan bahasa? | Waalaikumussalam, Peluang keemasan merupakan simpulan bahasa yang bermaksud peluang yang paling baik manakala cungkil bakat merupakan istilah umum yang bermaksud usaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi. | Sastera | 20.06.2019 |
apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah | 1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif. | Tatabahasa | 31.07.2007 |
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus. | Makna | 03.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cungkil |
|
|