Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Rambut ikal cuma berlicin, Jikalau mandi dibasah jangan; Abang sayang kami miskin, Kalau jadi menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok kelapa bercabang tiga, Dikerat orang memakai gergaji; Saya cuma hendak menduga, Sejauh mana sumpah dan janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Banyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung jelatik terbang ke ladang, Dapat dicekup jangan dipicit; Pokok cantik bertambah rendang, Buah di pokok cuma sebiji.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuma

Puisi
 

Pokok kelapa bercabang tiga,
     Dikerat orang memakai gergaji;
Saya cuma hendak menduga,
     Sejauh mana sumpah dan janji.



Lihat selanjutnya...