Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Definisi cukai. | Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi. | Makna | 08.05.2014 |
mohon untuk semak penggunaan bahasa. | 1. Rapatkan tanda palang ( /) dengan perkataan "CUKAI" SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU? 2. Sila betulkan seperti yang berikut: Pembayaran Awal CUKAI TAKSIRAN Mengelakkan Anda daripada Tindakan yang Berikut: - DIDENDA - HARTA DISITA - HARTA DILELONG
| Tatabahasa | 12.09.2012 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tax office"? Adakah konteks itu harus diterjemahkan sebagai "cukai pejabat" atau "pejabat cukai"? Terima kasih. | Berdasarkan konteks, jika merujuk pejabat itu sendiri maka terjemahan yang sesuai ialah Pejabat Cukai, tetapi jika merujuk jenis cukai maka terjemahan yang persis ialah Cukai Pejabat. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang atau kawasan bebas cukai Rantau Panjang? (Dari segi penggunaan huruf besar / kecil) | Dalam konteks nama khas, sepatutnya dieja Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 28.12.2006 |
apakah definisi hasil bukan cukai?dan terangkan fungsinya...dan terimaan bukan hasil?terangkan fungsi nya... | Hasil bukan cukai merujuk kepada pendapatan yang diperoleh bukan melalui cukai yang dikenakan kepada orang ramai. | Makna | 18.10.2010 |
Mana satukah frasa yang tepat? 1) Membuat semakan ke atas kadar cukai 2) Membuat semakan terhadap kadar cukai | Jawapan yang betul ialah Membuat semakan kadar cukai. | Tatabahasa | 23.05.2023 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "tax buoyancy": Tax buoyancy mengukur sejauh mana hasil cukai berubah seiring dengan perubahan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sekiranya nisbah tax buoyancy bersamaan dengan 1, ini bemaksud peningkatan hasil cukai berkadaran dengan peningkatan KDNK. Sekiranya nisbah melebihi 1, ini bermaksud peningkatan hasil cukai adalah lebih baik daripada peningkatan KDNK, menggambarkan dasar percukaian kerajaan yang efektif dalam kutipan hasil cukai. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi tax buoyancy ialah cukai apungan | Makna | 17.10.2020 |
Perkataan "cukai" itu berasal daripada bahasa apa? TK | Pihak kami belum mendapat maklumat yang tepat. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan perkataan cukai berasal dari perkataan Cina. | Lain-lain | 17.01.2008 |
Apakah "zon bebas", "zon bebas cukai" dan "zaman sains" boleh di kategorikan sebagai simpulan bahasa di dalam sistem pendidikan negara kita? | Zon bebas, zon bebas cukai dan zaman sains bukanlah simpulan bahasa, sebaliknya frasa tersebut merujuk tempat dan tempoh masa. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
Apakah istilah yang biasa digunakan di Malaysia bagi "Council rates' di Australia atau 'Council Tax' di England? | Belum ada lagi padanan bagi Council Rates/Council Tax dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah pencukaian yang tersebut Concil Tax/Council Rates boleh diterjemahkan kepada Cukai Majlis kerana menyandarkan cukai tersebut kepada pihak yang mengenakan cukai, iaitu majlis tempatan/pihak berkuasa tempatan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2015 |