Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ramalan cuaca menerangkan bahawa cuaca di kebanyakan nnegeri-negeri di Malaysia dilaporkan baik. Betulkah ayat ini ??Ayat yang betul ialah " Agensi ramalan cuaca menyatakan bahawa cuaca di kebanyakan negeri di Malaysia berkeadaan baik."Tatabahasa16.07.2013
Penggunaan 'ramalan cuaca' ataupun 'tinjauan cuaca' lebih tepat dan kenapa? P/S Ini juga merujuk kepada perbezaan 'forecast' dan 'observation'.Bergantung pada konteks makna yang dimaksudkan sama ada mengambil makna forecast atau observation. Forecast diterjemahkan kepada ramalan; manakala observation diterjemahkan kepada pencerapan atau tinjauan.  Penyemakan dan penterjemahan10.08.2017
1.Cuaca hari itu panas. 2. Cuaca pada hari itu panas. Jawapan 1 atau 2 adalah betul ? Terima kasih..Ayat yang gramatis ialah cuaca pada hari itu panas.Tatabahasa22.06.2010
Bagaimanakah caranya untuk membina ayat menggunakan perkataan semantung untuk menerangkan cuaca? Bolehkah saya membuat ayat "Agak semantung cuaca hari ini." ?

Semantung bermaksud guruh dengan tiada hujan, iaitu merujuk cuaca yang kurang baik. Contoh ayat yang diberikan tidak betul kerana semantung bukan bermaksud cuaca, sebaliknya guruh, iaitu bunyi bising di langit yang biasanya didahului oleh kilat. Penggunaan contoh ayat yang betul ialah Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi semantung yang kuat atau Bunyi semantung yang bertali arus membingitkan telinga.

Makna31.08.2021
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQAyat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.'Tatabahasa15.08.2011
maklumat waktu pulang sekolah SEMPENA cuaca panas. adakah betul penggunaan SEMPENA itu? bolehkan perkataan SEMPENA digunakan bagi peristiwa dukacita? seperti cuaca?

Penggunaan perkataan “sempena” tidak betul kerana bermaksud berkat atau tuah. Perkataan yang betul ialah “bersempena” yang membawa maksud mengambil sempena sesuatu peristiwa. Walau bagaimanapun, perkataan “bersempena” dalam konteks ayat yang diberikan tidak boleh digunakan kerana “cuaca panas” bukan merupakan peristiwa, sebaliknya keadaan.

Ayat yang betul ialah “Makluman waktu pulang sekolah ketika cuaca panas.”
Tatabahasa08.05.2023
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Kita mesti banyak minum air kerana cuaca panas. 2. Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas. Adakah kata kerja mesti diikuti dengan kata nama? Terima kasih jawapan pihak anda.Ayat yang gramatis ialah "Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas". Berdasarkan contoh  ayat yang diberikan kata kerja mestilah diikuti dengan kata nama.Tatabahasa20.11.2019
I) Cuaca hari itu redup dan suram kerana hendak hujan. II) Kakak pulang dari tempat kerja dengan wajah yang suram. III) Suasana di tanah perkuburan itu kelihatan suram sekali. IV) Adik berasa suram kerana permainannya yang baru dibeli oleh ayah telah hilang. (Yang manakah ayat yang betul penggunaan perkataan 'suram')Keempat-empat ayat yang menggunakan perkataan suram boleh diterima. Ayat yang paling gramatis ialah ayat kedua dan ketiga.Tatabahasa23.07.2013
KAMI AKAN ADAKAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN DENGAN TEMA "SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA". SAYA INGIN MEMOHON PANDANGAN DARI PIHAK DBP PENGGUNAAN TEMA TERSEBUT. SEKIAN, TERIMA KASIHPenggunaan perkataan SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA tidak tepat. Penggunaan yang paling tepat ialah SIAGA MENGHADAPI TENGKUJUH, PEDULI AKAN CUACA.Lain-lain14.09.2018
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos.Tatabahasa17.02.2012
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuaca

Puisi
 

Bintang di timur cuaca baik,
     Cahayanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
     Itulah budi dikenang orang.



Lihat selanjutnya...