Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ejaan mana yang betul, Corak Beras Patah atau corak beras patah ?Kedua-dua perkataan "Corak Beras Patah" atau "corak beras patah" adalah betul ejaannya, bergantung pada ayat. Contohnya: Untuk penulisan tema atau slogan iklan, adalah lebih baik menggunakan ejaan "Corak Beras Patah", berbanding ejaan "corak beras patah".Tatabahasa07.08.2014
Salam sejahtera. Saya ingin menyemak terjemahan yang sesuai untuk fabrik "heather"iaitu sejenis fabrik berwarna yang dicampurkan poliester hitam atau putih. Mana yang lebih sesuai? Fabrik corak rintik, fabrik corak belang-belang atau fabrik corak capuk. Terima kasih.Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demikian, berdasarkan konsep yang diberikan, kami mencadangkan fabrik heather diterjemahkan kepada fabrik rintik atau fabrik kurik.Penyemakan dan penterjemahan10.08.2018
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Tatabahasa09.05.2013
Adakah corak boleh digantikan dengan reka bentuk? Contoh: Kumpul semua corak perencahBerdasarkan persoalan tersebut, cadangan jawapan ialah "Kumpul semua reka bentuk pembungkus perencah" atau "Kumpul semua pembungkus perencah".   Makna18.03.2022
merekacorak atau mereka corak ?Ejaan yang betul ialah mereka corak.Ejaan13.08.2014
Terdapat berbagai corak unik ( betulkah tatabahasa yang digunakan?)

Frasa yang betul ialah:
Terdapat berbagai-bagai corak yang unik.  

Tatabahasa07.08.2020
apakah maksud banyak ragam?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Makna10.02.2011
Bolehkah kata tanya digunakan dalam pertengahan ayat? Cth: Pelan grid, pelan jalan grid, atau pelan corak kekisi ialah sejenis rancangan bandar "di mana" jalan terletak pada sudut tegak antara satu sama lain, membentuk suatu grid. Kalau tidak boleh, apakah cadangan perkataan bagi memggantikannya?Kata tanya digunakan dalam ayat tanya. Ayat penyata tidak menggunakan kata tanya dan hendaklah digantikan dengan perkataan lain atau dipisahkan menjadi dua ayat yang berasingan. Pelan grid, pelan jalan grid, atau pelan corak kekisi ialah sejenis rancangan bandar. Dalam rancangan bandar ini jalan terletak pada sudut tegak antara satu sama lain, membentuk suatu grid. Tatabahasa01.11.2020
definasi rekabentukReka bentuk ialah corak, bentuk, dan sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya) Makna12.10.2009
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.



Lihat selanjutnya...