Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin cadangkan istilah colok dimasukkan sebagai sebahagian daripada terjemahan incense. Saya melihat dalam PRPM, terjemahan yang ada untuk incense adalah kemenyan, dupa dan setanggi. | Saya telah merujuk Kamus Melayu-Inggeris Dewan (DBP, 2012), tiada padanan incense bagi colok. Jika colok yang dimaksudkan itu ialah 'bilah yg disalut dgn campuran habuk kayu, tanah liat dll, yg dibakar ketika menyembah tokong, utk memuja dll, biasanya digunakan oleh orang Cina', maka padanan yang diberikan ialah joss-stick. Walau bagaimanapun, pihak kami akan memberikan perhatian terhadap cadangan ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2023 |
penggunaan perkataan colok contoh..... mencolok mata dan menjolok mata. yang mana satu betul penggunaannya | Kedua-dua perkataan membawa maksud a.sangat jelas kelihatan, sangat nyata.b. memberi malu, menyakitkan hati. Yang biasa digunakan ialah menjolok mata. | Tatabahasa | 29.02.2008 |
Apa beza mencolok mata dan menjolok mata? | Tiada dijumpai simpulan bahasa mencolok mata. Colok ialah suluh yang dibuat darip[ada kain buruk dan dicelup dalam minyak. Mencolok bermaksud menyuluhi dengan colok, menusuk atau mencucuk, mencelup. Menjolok mata bermaksud dibenci, iaitu perkara atau perbuatan yang melnggar batas kesusilaan dan norma masyarakat seperti cara berpakaian dan kelakuan. | Makna | 26.06.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata colok |
|
|