Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah tuan berikan contoh penggunaan untuk 1. dan 2. seperti di bawah? 1. cinta akan 2. cinta pada | Frasa yang betul ialah "cinta akan", contohnya "Saya cinta akan kedua-dua ibu bapa saya". | Tatabahasa | 11.08.2014 |
1. semangat cinta akan negara 2. semangat cintakan negara adakah kedua-duanya jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah semangat cinta akan negara. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara | Saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara, kedua-duanya betul. Penjelasan tentang kata sendi nama akan dan kepada yang digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut; 1. Saya cinta akan negara... Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. 2. Saya cinta kepada negara... Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 18.04.2011 |
Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan. Melalui cara ini dapat menanam perasaan cinta akan buku. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat tersebut? | Ayat yang gramatis ialah "Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan agar dapat menanam perasaan cinta akan buku." | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Soalan yang saya tanya dalam pertanyaan yang lepas: Saya cinta akan negara. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Jawapan di atas merupakan jawapan yang saya terima daripada pertanyaan yang lepas. Saya ada soalan mengenai "penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif." Berdasarkan contoh di atas, di manakah kata adjektif yang bersifat emotif? Jawapan yang diterima: Saya cinta akan negara. Cinta ialah unsur emotif dalam ayat tersebut. Ada pertanyaan lagi mengenai soalan di atas: Cinta ialah kata nama dan bukannya kata adjektif. Bukan? Jadi, ayat Saya cinta akan negara" adalah kurang tepat? | Cinta ialah kata adjektif sama seperti kasih dan sayang. Hal ini boleh dibuktikan dengan penggunaan kata penguat seperti a "sangat mencintai ibunya". Oleh itu, ayat "saya cinta akan negara" itu betul. | Tatabahasa | 30.09.2014 |
1. Saya cinta akan negara. 2. Saya cinta kepada negara. 3. Saya cinta pada negara. Harap pihak tuan dapat memberikan sebab-sebab penggunaannya betul atau salah. | Saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara, kedua-duanya betul. Penjelasan tentang kata sendi nama akan dan kepada yang digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut; 1. Saya cinta akan negara... Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. 2. Saya cinta kepada negara... Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. 3. Saya cinta pada negara Juga betul penggunaannya. | Tatabahasa | 14.08.2014 |
Saya cinta akan negara. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Jawapan di atas merupakan jawapan yang saya terima daripada pertanyaan yang lepas. Saya ada soalan mengenai "penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif." Berdasarkan contoh di atas, di manakah kata adjektif yang bersifat emotif? | Saya cinta akan negara. Cinta ialah unsur emotif dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.09.2014 |
Mengapa tidak boleh mengatakan 'mencintai negara' tetapi mesti mangatakan 'cinta akan negara'? Terima kasih | Kedua- duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
tolong cadangkan nama pusat tuisyen bahasa yang mengandungi nilai cinta akan bahasa kebangsan | Saudara boleh merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini menyenaraikan pelbagai nama indah untuk membantu masyarakat pengguna bahasa dalam proses penamaan. Antara nama yang terdapat di dalam buku tersebut ialah suluh pekerti, suluh murni, suluh bestari dsb.. | Lain-lain | 26.01.2009 |
bolehkah saya menggunakan ayat .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar dalam karangan | Ayat yang lebih tepat dan dicadangkan dalam karangan: Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak. Hal ini disebabkan masalah pencemaran sungai semakin berleluasa. Selain itu, perkara yang paling penting ialah masyarat perlu ditanam dengan rasa cinta akan alam sekitar. | Tatabahasa | 25.07.2016 |