Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
THE WASH

The Wash ialah teluk cetek yang terletak di pantai

timur England, di antara Lincolnshire dengan

Norfolk. Panjangnya kira-kira 32 kilometer dan

lebarnya 24 kilometer. Sungai Great Ouse, Nene,

Welland, dan Witham mengalir ke The Wash.

Bandar Boston dan Kings Lynn terletak

berhampiran pantai. Sesetengah ahli sejarah

percaya bahawa Raja John kehilangan harta yang

bernilai ketika menyeberangi The Wash pada awal

tahun 1200-an.

UMUM
PENTAS SUNDAPentas benua di kawasan laut cetek yang terletak di penghujung selatan Asia Tenggara.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
TASIK BANGWEULU

Tasik Bangweulu ialah sebuah lekukan cetek

kira-kira 80 kilometer panjang dan 48 kilometer

lebarnya, di bahagian utara Zambia (Rhodesia

Utara). Untuk lokasinya, lihat Zambia (peta).

UMUM
TAKUNG EMBUN

Takung embun ialah kumpulan air yang cetek.

Kebanyakan takung embun terletak di kawasan

tanah tinggi berkapur seperti Downs Selatan di

selatan England (lihat Downs ). Ia menakung air

dalam masa yang lama sekalipun dalam musim

kemarau.

UMUM
PORGI

Porgi ialah ikan yang hidup di kawasan cetek

dalam laut panas. Badannya berbentuk lonjong dan

mempunyai sisi yang leper. Kebanyakan ikan ini

berwarna keperakan. Ikan ini sedap dimakan. Ia

ditangkap sebagai satu kegiatan dan untuk

kegunaan komersial.

UMUM
TASIK TORRENS

Tasik Torrens ialah tasik air masin yang cetek di

Australia Selatan. Panjang tasik ini ialah 193

kilometer dan lebarnya 64 kilometer. Luasnya 5776

kilometer persegi. Untuk lokasi, lihat Australia (peta

rupa bumi).

UMUM
TRILOBITSejenis kumpulan haiwan purbakala bersaiz kecil hidup dalam laut cetek zaman Kambria.GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
ARUS PERU

Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar

tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan

perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat

Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu

airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi

permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut.

Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin

meniup air permukaan yang panas, menyebabkan

air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan.

Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat

Humboldt, Baron von ).

UMUM
DUGONG

Dugong ialah mamalia pemakan tumbuhan yang

tinggal di perairan pantai yang cetek dan panas di

Laut Merah dan Lautan Hindi hingga sejauh Australia

di selatan.

UMUM
KOLAM

Kolam ialah kumpulan air yang kecil, tenang yang

biasanya cukup cetek bagi cahaya matahari sampai

ke dasarnya.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetek