Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ARDIZZONE, EDWARD

Ardizzone, Edward (19001979) ialah penulis

dan pelukis Inggeris. Dia adalah penulis dan pelukis

buku kanak-kanak yang telah banyak menerima

hadiah. Dia menulis cerita kembaraan yang di

dalamnya dimasukkan lukisan-lukisan yang bukan

sahaja ceria tetapi juga melucukan. Ardizzone juga

telah melukis gambar untuk buku yang ditulis oleh

pengarang lain. Kesemuanya berjumlah lebih

daripada 100 buah.

UMUM
SATYR

Satyr ialah dewa kecil bagi desa dan hutan dalam

mitologi Yunani. Satyr pada asasnya kelihatan

seperti manusia biasa. Tetapi kebanyakan mereka

mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri haiwan, seperti

kaki, kuku, tanduk, dan telinga kambing, atau

pelbagai gabungannya.

Satyr mengikut Dionysus, iaitu dewa wain, dan

Pan, dewa hutan dan padang rumput. Kebanyakan

satyr adalah muda, ceria, tetapi nakal. Ada kalanya

mereka menjadi liar dan tidak dapat dikawal, tetapi

jarang mencederakan sesiapa pun. Perkara yang

suka dilakukannya ialah meminum wain dan

memburu perempuan cantik yang dikenali sebagai

nimfa . Mereka juga suka muzik dan menari. Ada

satyrz tua yang mabuk, tetapi bijak. Perkataan Rom

purba bagi satyr ialah faun .

Lihat juga Dionysus; Faun; Pan.

UMUM
TIEPOLO, GIOVANNI BATTISTA

Tiepolo, Giovanni Battista (16961770) ialah

pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada

kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati

Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya

mural berwarna-warni yang hebat yang

kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun

1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan

peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia

memaparkan watak aktif yang dilukis

menggunakan warna pastel yang ceria.

Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750,

dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol.

Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua

biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di

Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo

untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni

Metropolitan, New York City.

Lihat juga Seni lukis (Hiasan).

UMUM
BOSWELL, JAMES

Boswell, James (17401795) ialah pengarang

Scotland yang menulis sebuah biografi tentang

Doktor Johnson, iaitu penulis dan pengkritik yang

penting. Walaupun kemasyhurannya terletak pada

karya The Life of Samuel Johnson (1791), tetapi

Boswell juga seorang penulis penting. Jurnalnya

yang begitu hidup memperlihatkan watak Boswell

yang penuh kontradiksi ceria, pemuram, penuh

berahi tetapi warak, suka bermegah tetapi

pengasih.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceria