Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan/Puan, Bagi maksud penulisan slogan Kemas, Selamat, Ceria, apakah penulisan yang betul? (i) Kemas, Selamat, Ceria; atau (ii) Kemas, Selamat, Ceria; atau (iii) Kemas, selamat dan ceria; atau (iv) KEMAS, SELAMAT, CERIA; atau (v) KEMAS, SELAMAT DAN CERIA? Sekian, terima kasih.

Kata hubung boleh ditiadakan dalam penulisan slogan, puan boleh menulis sebagai  KEMAS, SELAMAT,CERIA atau KEMAS,SELAMAT DAN CERIA dan boleh juga dalam tulisan huruf kecil.

Tatabahasa14.01.2015
SAYA NI-AMANEE AWAEKUECHI BELAJAR BAHASA MELAYU DASAR INGIN BERTANYA TENTANG TATA BAHASA APAKAH MAKNA CERIA TERIMA KASIHCeria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll).Makna28.10.2015
Salam ceria. Bagaimana hendak tahu karya yang dihantar kepada majalah DBP diterbitkan? Adakah akan ada makluman? Dan berkaitan bayaran, jika diterbitkan bila honorarium akan dapat? (dalam bulan karya diterbtkan atau selepas itu)
Lain-lain02.03.2018
Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih.1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset".
Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan".


(2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" .
Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda
manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan
"entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
Istilah24.10.2013
Salam ceria! Ingin saya bertanya mengenai penggunaan perkataan seperti "abang, adik, ibu(bukan kata nama khas)" dsb dalam penulisan. Perkataan2 spt ini harus ditulis dengan huruf besar atau tidak. misalnya: ".... abang yang menghabiskan makanan itu." sekian, terima kasih.

Dalam penulisan, huruf besar digunakan hanya bagi:

1.     Permulaan ayat

2.     Huruf pertama setiap kata nama khas (nama orang, nama geografi, nama institusi, judul   penerbitan  dan lain-lain)

Oleh sebab kata abang, ibu dan adik adalah kata nama am, maka perkataan tersebut hendaklah ditulis dalam huruf kecil kecuali jika kata tersebut memenuhi syarat (1), iaitu ditulis pada permulaan ayat.

Lain-lain08.10.2013
Salam ceria, Jalan tegak Jalan lurus Yang manakah betul penggunaan kata adjektif untuk jalan?

Jalan lurus. Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
Tuan,berapakah suku kata perkataan di bawah?Terima kasih. 1)ceria 2)kaloi
Perkataan "ceria" mempunyai tiga suku kata manakala "kaloi" mempunyai dua suku kata.
Tatabahasa19.10.2015
Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempersona bagi menyerlahkan keperibadian anda. atau kini... mempesonaKata terbitan yang betul ialah mempesona, Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempesona bagi menyerlahkan keperibadian anda.Tatabahasa29.05.2012
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
minta tanya suku kata yang betul untuk perkataan di bawah. 1. main 2. perempuan 3. keluarga 4. ceria 5. kuih Sebelum saya pernah minta tanya, dimanakah saya dapat buku rujukan suku kata. Saya diberitahu dewan tatabahasa edisi ketiga. Boleh pihak tuan beritahu di manakah saya dapat beli atau emel muka depan supaya saya dapat cari di kedai buku. Terima kasih.

Pemenggalan suka kata bagi perkataan tersebut:

Main – ma.in
Perempuan – pe.rem.pu.an
Keluarga – ke.lu.ar.ga
Ceria – ce.ri.a
Kuih -  ku.ih

Selain daripada buku Tatabahasa Dewan, tuan juga boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Ketiga-tiga buku tersebut merupakan terbitan DBP. Untuk melihat kulit buku, tuan boleh membuat carian melalui Internet. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pembelian buku, tuan boleh menghubungi talian berikut:

Anjung DBP: 03-2147 9597/03-2147 9598
Kompleks DBP Hulu Kelang: 03-41010028/019-2141956 (WhatsApp)
Layari laman web ini https://dbpniaga.my

Tatabahasa17.06.2021
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceria