Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan IvBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham);  5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah  I, II, dan III.  Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut.Tatabahasa24.06.2010
adakah frasa 'bergiat cergas' gramatis dalam ayat 'Puan Nora bergiat cergas dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan perumahannya.' jika tidak, apakah yang sepatutnya ditulis? terima kasihMenurut data kami, rangkai kata bergiat cergas tidak sesuai digunakan. Oleh itu, rangkai kata yang lebih sesuai digunakan ialah bergiat aktif.Tatabahasa02.07.2019
Selamat sejahtera encik/puan. 1. Minggu Sihat dan Cergas akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. 2. Minggu Sihat dan Cergas bertempat di dewan Taman Impian. adakah kedua-dua ayat ini betul? ayat 1 tiada letak pukul 5.30 petang dan ayat 2 kata dewan d huruf kecil. terima kasih.Berdasarkan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah, "Minggu sihat dan cergas akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Minggu sihat dan cergas bertempat di Dewan Taman Impian."Lain-lain16.01.2023
Saya ingin bertanya berkenaan kesesuaian penggunaan perkataan CERGAS. Adakah bagi MINDA, betul menggunakan perkataan 'MINDA CERGAS' atau lebih tepat dengan perkataan 'MINDA CERDAS'? Terima kasih atas bantuanPerkataan yang sesuai untuk minda yang cerdik, pandai dan pintar ialah cerdas. Frasa yang betul ialah "Minda Cerdas"
Tatabahasa16.11.2015
Saya ingin memastikan ayat-ayat di bawah yang manakah mempunyai tatabahasa yang betul: 1) Budak itu gemuk tetapi cergas. 2) Budak itu kurus tetapi cergas. Terimakasih.Kedua-dua ayat betul bergantung pada sifat yang hendak disampaikan atau ditonjolkan.Tatabahasa28.04.2008
Salam sejahtera. Apakah kata adjektif yang sesuai untuk menggambarkan ikan yang berenang dengan pantas? Adakah perkataan seperti "cergas" dan "aktif" boleh digunakan untuk ikan? Terima kasih.Perkataan cergas dan aktif boleh digunakan sebagai kata adjektif untuk ikan mengikut konsep yang sesuai dalam ayat. Tatabahasa08.09.2021
Badannya menjadi lemah selepas makan makanan yang dibelinya dari kantin. Pilih perkataan seerti bagi perkataan LEMAH A.kuat B.cergas Mana jawapan yang betul dan mengapa?Perkataan kuat dan cergas bukan perkataan seerti dengan lemah tetapi merupakan perkataan berlawan. Harap sdr dapat jelaskan soalan sdr. sama ada perkataan seerti atau berlawan.Tatabahasa07.03.2007
Tuan/Puan, Adakah perkataan 'lembab' masih digunakan untuk merujuk kepada 'lambat berfikir/tidak cergas/tidak cekap'? Ataupun, ia sudah digantikan dengan 'lembap'? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah LEMBAB.Ejaan24.04.2017
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk Burung Dove melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan.Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih.Lain-lain24.11.2008
Manakah betul? lembab atau lembap?Kedua-duanya betul. Lembab bermaksud lambat berfikir; tidak cekap atau tidak cergas manakala lembap pula bermaksud masih basah atau tidak kering.Lain-lain19.12.2021
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cergas