Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkenaan kesesuaian penggunaan perkataan CERGAS. Adakah bagi MINDA, betul menggunakan perkataan 'MINDA CERGAS' atau lebih tepat dengan perkataan 'MINDA CERDAS'? Terima kasih atas bantuanPerkataan yang sesuai untuk minda yang cerdik, pandai dan pintar ialah cerdas. Frasa yang betul ialah "Minda Cerdas"
Tatabahasa16.11.2015
Cikgu DBP, ayat berikut susunan yang mana betul? 1. Puan Nor Azlina memaklumkan kepada pelajar 4 Cerdas bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang. 2. Puan Nor Azlina memaklumkan bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang kepada pelajar 4 Cerdas. Minta penerangan tuan juga berasaskan jawapan yang diberikan oleh tuan.Struktur binaan ayat yang betul ialah "Puan Nor Azlina memaklumkan kepada pelajar 4 Cerdas bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang", ayat majmuk ditandai kata kerja komplemen "bahawa".
Tatabahasa26.05.2014
BAGAIMANA "INTELLIGENT ACCOUNTABILITY" BOLEH DITULIS DALAM BAHASA MELAYU.Belum ada terjemahan intelligent accountability dalam pangkalan data kami. Accountability diterjemahkan kepada kebertanggungjawapan, manakala inteligent boleh diterjemahkan kepada pintar, cerdas, cerdik atau mampu. Dalam bidang pendidikan, intelligent diterjemahkan kepada cergas seperti intelligent reasoning diterjemahkan kepada taakulan cerdas. Berdasarkan bentuk istilah yang ada, kami mencadangkan intelligent accountability diterjemahkan kepada kebertanggungjawapan cerdas, jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2014
1. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat / berkhasiat. Apakah bezanya? Berzat atau berkhasiat? 2. Murid itu melenting semasa guru sedang mengajar. Betulkah penggunaan perkataan melenting dalam ayat ini?

1. Berzat bermaksud mempunyai pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain), manakala berkhasiat bermaksud mengandungi kebaikan yang khas (dlm ubat, makanan dan sebagainya). Pada pandangan kami, untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat dan berkhasiat.

2. Melenting lazimnya diakitkan dengan makna kiasan, iaitu naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya). Oleh itu, perkataan melenting tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.

Tatabahasa16.11.2011
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih.1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari

2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar = Saya ingin berjumpa dengan guru besar.

Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas Guru Kelas Tahun Enam Cerdas

4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan.

guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa26.12.2012
Assalamu'alaikum. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? 1) Dia tidak di situ. 2) Perempuan itu adalah cantik. 3) Pelajar sekolah rendah dengan siapa saya berbicara tadi adalah sangat cerdas. 4) Orang yang memukul Ali pagi tadi adalah bukan lagi di kawasan ini. 5) penjenayah bersiri golongan Rohingya itu ialah bukan seorang pendeta. 6) Buku yang dibeli oleh ayah itu tidak untuk kamu. Terima kasihAyat yang gramatis ialah:
1) Dia tidak berada di situ.
2) Perempuan itu cantik.
3) Pelajar sekolah rendah yang saya berbicara dengannya tadi sangat cerdas.
4) Orang yang memukul Ali pagi tadi, tidak lagi tinggal di kawasan ini.
5) Penjenayah bersiri golongan Rohingya itu bukan seorang pendeta.
6) Buku yang dibeli oleh ayah itu bukan untuk kamu.
Tatabahasa10.06.2015
maksud dalam bahasa melayu 1) bestari 2) bistariEjaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik.Lain-lain19.10.2010
maksud bistari secara detail dan perkataan seerti bistari

Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik.

Makna19.09.2008
Datuk Ying sering dimasukkan ke dalam hospital kerana tubuh badannya yang telah uzur. Pilih perkataan antonim bagi uzur. A. tenang B. cerdas C. muda D. sihat Apakah jawapan yang sesuai?Antonim bagi perkataan uzur ialah D. SihatTatabahasa06.05.2019
Akum tuan / puan Di sini saya rasa keliru tentang ejaan yang betul bagi perkataan engkar - ingkar, lembap-lembab - lembam (lawan bagi perkataan cerdas), bahaya-merbahaya. Mana satu ejaan yang betul? Sila bantu saya cgu simah.Ejaan yang betul ialah ingkar, lembap, lembam, dan berbahaya.Ejaan09.05.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdas