Kata |
Takrif |
Sumber |
cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencerahkan | 1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan: cahaya lilin mencerahkan ruang yang kecil itu; 2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan: mencerahkan kaca; 3. menjadikan cerah (tidak hitam): mencerahkan kulit; 4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan: berita itu mencerahkan wajahnya yang tadinya agak muram; 5. menjadikan cerah (baik, elok, dan sebagainya), membahagiakan (kehidupan dan sebagainya): mencerahkan kehidupannya sekeluarga; pelaburan ini akan mencerahkan pertumbuhan ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah muntah | Kl penyakit taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah II | ; ~ muntah Kl penyakit taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah kulit | tidak hitam (dan tidak putih benar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah ceria | terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakula | (Ast) kawasan cerah pd permukaan matahari, yakni kawasan yg 10 peratus lebih cerah pd sekeliling permukaan matahari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah | 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. kecerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerah | 1. tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2. dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3. tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4. berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5. ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. kecerahan keadaan cerah; kejernihan. | Kamus Pelajar |
pudar | 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak berseri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (pergerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
sunny | adj 1. full of sunlight, cerah: ~ weather, cuaca yg cerah; a ~ garden, taman yg cerah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
brighten | vi 1. become bright, /(se)makin, menjadi/ cerah: during the afternoon the weather ~ed, pd waktu tengah hari cuaca menjadi cerah; 2. become more lively, cheerful, a. (of person, persons face) menjadi berseri: her face ~ed when Ali came in, mukanya menjadi berseri apabila Ali masuk; b. (of eyes) bersinar, bercahaya; 3. become more auspicious, menjadi (se)makin cerah: his prospects are ~ing, peluangnya menjadi semakin cerah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lighten 1 | vi become less dark, a. (menjadi) /terang, cerah/: we shall leave when the day begins to ~, kami akan bertolak apabila hari mulai terang; b. (fig.) menjadi cerah: her face ~ed when you arrived, wajahnya menjadi cerah apabila kamu tiba; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lighten 1 | vi become less dark, a. (menjadi) /terang, cerah/: we shall leave when the day begins to ~, kami akan bertolak apabila hari mulai terang; b. (fig.) menjadi cerah: her face ~ed when you arrived, wajahnya menjadi cerah apabila kamu tiba; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
shade | light and ~, (in painting, drawing) bayangan cerah dan gelap: the picture would be more interesting with the correct use of light and ~, gambar itu akan menjadi lebih menarik dgn penggunaan bayangan cerah dan gelap yg betul; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
way | go a long ~, a. do well in the future, mempunyai masa depan yg cerah: that intelligent boy will go a long ~, budak yg bijak itu mempunyai masa depan yg cerah;b. be enough, last, cukup, mencukupi: my pay doesnt go a long ~, gaji saya tdk cukup; go a long ~ towards, banyak membantu: a small loan would go a long ~ towards easing our problems, pinjaman yg sedikit akan banyak membantu meringankan masalah kita; go on os ~, meneruskan perjalanan sso: after talking to us he went on his ~, selepas bercakap dgn kami, dia meneruskan perjalanannya; go os ~ pergi; go os own ~, mengikut cara sso sendiri: after all my advice, she still went her own ~, setelah penat saya menasihatinya, dia masih mengikut caranya sendiri; go out of os ~, bersusah payah: she went out of her ~ to help me, dia bersusah payah menolong saya; go the ~ of all flesh, kembali ke /asal, tanah/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
glowing | adj 1. incandescent, berpijar, berbara: ~ embers, bara yg berpijar; 2. vividly coloured, cerah warnanya: the ~ evening sky, langit petang yg cerah warnanya; 3. bright due to good health, excitement, (of face) berseri, bercahaya; (of eyes) bersinar-sinar, bercahaya; 4. favourable, indah: he gave a ~ description of city life to his village friends, dia memberikan gambaran yg indah ttg kehidupan di bandar kpd teman-temannya di kampung. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sparkling | 2. bright and clear, bercahaya, bersinar(-sinar), berkilau(-kilau); (of sky, day, etc) cerah: a ~ marble floor, lantai marmar yg berkilau-kilau; ~ eyes, mata yg bersinar; a ~ sunny morning, pagi yg cerah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clear | vi 1. become transparent, not turbid, menjadi jernih: the muddy water ~ed after the rain, air yg keruh itu menjadi jernih selepas hujan; 2. become unclouded, less severe, menjadi cerah; (of fog, mist, etc) menjadi tipis; (of storm) mereda: the sky ~ed, langit menjadi cerah; 3. (of face, countenance, etc) cerah, jernih: his face ~ed when he heard the good news, air mukanya cerah apabila mendengar berita baik itu; 4. disappear, hilang: this rash will ~ in a few days, ruam ini akan hilang dlm beberapa hari; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bright | 9. illustrious, glorious, gemilang: a ~ moment in the countrys history, saat gemilang dlm sejarah negara itu; 10. intelligent, clever, cerdik, pandai: a ~ boy, budak yg cerdik; 11. promising, cerah: his prospects are ~, harapannya cerah; the country has a ~ future, negara ini mempunyai masa depan yg cerah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
bright light developing | pengembangan cahaya cerah | pembinaan cahaya cerah | penjadian cahaya cerah | Komunikasi Massa |
lucidus | cerah | Tiada | cerah | Biologi |
bright sapwood | gubal cerah | Tiada | gubal cerah | Perhutanan |
bright sap | gubal cerah | Tiada | gubal cerah | Perhutanan |
light yolk layer | lapisan kuning telur terang | lapisan yolka cerah | lapisan yolka cerah | Penternakan |
double-window bright-frame viewfinder | penilik pandang bingkai cermin ganda | pemidang tilik berbingkai cerah tingkap berganda | pemidang tilik berbingkai cerah tingkap berganda | Komunikasi Massa |
bright | Cerah | Tiada | bersih | Perhutanan |
apparent brightness | cerah kentara | Tiada | kecerahan ketara | Fizik |
brightly lit | cahaya benderang | bercahaya cerah | cahaya benderang | Komunikasi Massa |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
brightness | cerah; kecerahan; cerah gelap warna | Fizik | Tiada | Tiada |
brightness | cerah; kecerahan; cerah gelap warna | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
brightness | cerah; kecerahan; cerah gelap warna | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
star clouds | awan bintang | Matematik | Tiada | Kumpulan bintang yang amat besar yang membentuk Bimasakti yang kelihatan seperti awan yang cerah. Bintangnya yang paling cerah ialah Awan Sagittarius dan Bintang Seutum. |
bright line spectra | spektrum garis cerah | Matematik | Tiada | Garis berwarna cerah berturut-turut pada satu latar belakang yang gelap, terbentuk apabila punca cahayanya ialah garis berbara, yang terserak pada serangkaian panjang gelombang yang menjadi ciri kepada unsur kimia yang membentuk gas itu. Setiap unsur gas pula memberikan corak garis yang tersendiri daripada spektrum. Sesetengah nebula juga menghasilkan spektrum garis cerah. |
faculae | fakula | Matematik | Tiada | Kawasan cerah pada atmosfera matahari, yakni kawasan yang 10 peratus lebih cerah di sekeliling. |
floculli | flokuli | Matematik | Tiada | Tompok cerah atau tompok gelap di permukaan matahari, dan dapat dilihat dengan cukup jelas dalam spketroheliogram. Tompok ini terdiri daripada gas yang panas apabila cerah, dan sejuk apabila gelap berbanding dengan suhu di sekelilingnya. |
Rigel (Beta Orionis) | Rigel (Beta Orionis) | Matematik | Tiada | Bintang superraksasa yang amat cerah, jauh dan putih kebiruan yang amat menonjol dan cerah di buruj Orion. |
Kepler's star | bintang Kepler | Matematik | Tiada | Nova kedua yang paling cerah pernah direkodkan. Nova ini kelihatan di Ophiuchus pada Oktober 1604. Ia menjadi cerah dan dapat dilihat dengan mata kasar selama 18 bulan hingga bulan Mac 1606. |
certosina | sertosina | Kesenian | Hiasan Dalaman | Teknik menginlaikan bahan yang berwarna cerah ke dalam bahan yang berwarna gelap bagi menghasilkan suatu reka bentuk perhiasan. Bahan-bahan inlai ini biasanya terdiri daripada gading, kayu cerah atau tulang. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
maliwanag | cerah | - | - | maliwanag atai | mudah menerima pelajaran/terang hati | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Iranun |
maparas | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bisaya Sabah |
anavau | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
anawau | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Dusun Ranau |
osindak | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Rungus |
anavau | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Rungus |
anavau | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Kadazan Penampang |
telak | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bajau -> Bajau Tuaran |
avanta | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Murut -> Tagol |
awantang | cerah | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Murut -> Tagol |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
cerah | tereng [tr] | Melanau Dalat | |
cerah | caah, taang. | kedayan | |
maheng | cerah | TETAW | |
apuk | putih; 1 warna yg paling cerah spt warna kapas: bajou ~ baju putih; 2 ki bersih, murni, suci: ~ atai, ~ naseng putih hati, lurus hati, jujur hati; ~ lalu, ~ tuu putih bersih, putih sekali, putih benar; ~ mata putih mata; ~ mengetak, ~ samalah baou liba | Melanau Mukah | |
pepitin | sj ikan laut yg kecil dan cerah isinya. | Melanau Mukah | |
gareng | garang; 1 bengis, galak: asou yen sukup ~ anjing itu cukup garang; 2 terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: warna seak ~ ji den kuman jauk warna merah nampak garang dr jauh; | Melanau Mukah | |
sakat | garang; 1 bengis, galak: asou iyen sukup ~ anjing itu cukup garang; 2 kencang (bkn angin, dll), hebat; 3 terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: warena seak ~ ji den kuman jauk warna merah nampak garang dr jauh; | Melanau Mukah | |
biteang I | bintang; 1 salah satu cakerawala yg kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: jakak malem jerenih idak ~ keluwer pd waktu malam yg cerah banyak bintang terbit; 2 rasi: ~ selengatip bintang kala; 3 pingat, tanda kebesaran atau jasa: ~ paut kereja | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
samundai, *sumundai* Kd | irama tarian mongigol suku kaum Rungus. | Magigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Magigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongigol Kd | tarian tradisional suku kaum Rungus dlm pesta keramaian. | Mongigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Mongigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanak vaqu, *tanak vagu* Kd | anak teruna. | Tidak selamanya kau harus begini. Yang pergi pasti tidak akan kembali. Kita yang tinggal harus bersedia mengubah sikap. Lagan, tanak vaqu berkulit cerah yang sedang duduk di muka pintu sudap merenungnya. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jukut Sk | sesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu. | Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb تسرپ باتفآ )āftābī( ىباتفآ )āfarīdan( نديرفآ )āfarīn( نيرفآ )āghā( اقآ )āgāh( هاگآ )āgahī( ىهگآ )ālbūm( موبلآ )āmāde( هدامآ )āmāde kardan( ندرک هدامآ panik berkenalan dengan kenalan permulaan bermula matahari bengkarung cerah cipta bagus encik, tuan insaf, sedar pengumuman album siap, sedia menyediakan panic to be acquainted with acquaintance beginning to begin sun skink sunny to create bravo Mr, sir aware announcement
|
Kamus Sains.indb feropru- siat. Lukisan ini mempunyai garis putih dan berlatar belakang biru. (KEJ) blue stain (cacat warna biru) Cacat pewarna gubal oleh kulat pewarna biru yang menyerang bahagian gubal kayu yang cerah seperti gubal kayu jelutung, pulai dan kayu getah. Cacat ini menurunkan mutu kayu tetapi tidak mengurangkan kekuatannya. (HUT) blurr circle (bulatan kabur) Tompokan cahaya yang terhasil di atas sebuah layar dalam buburan simen atau bendalir penggerudian untuk membantu pengedapan formasi setelah terjadi kehilangan edaran. Bahan ini akan membentuk titi atau jambatan yang akan menyekat bendalir daripada memasuki formasi. (KEJ) brightness (cerah/kecerahan) Ciri cahaya yang memberi rangsangan nampak untuk kuantiti cahaya yang lebih atau kurang. (FIZ) bristle (bulu kejur) 1. Bulu yang pendek, keras dan kenyal yang terdapat pada unggas. 2
|
Kamus Thai 2.indb lucah dari sebuah kedai. โปน [po:n] ว tersembul, terjojol: ปลาบู ่ ตา โปนออกมา Mata ikan hantu tersembul. โปรแกรม [pro:krε:m] น program โปร ่ ง [pro:] ว cerah: วันนี้ ท ้ องฟ ้ าโปร ่ ง เพราะไม ่ มีเมฆ Hari ini langit cerah tanpa awan. โปร ่ งแสง [-sε:] ว lut cahaya โปร ่ งใส [-sai] ว 1 (วัตถุ) lut sinar 2 (พฤติกรรม) telus, jelas โปรด 1 [pro:t] ก 1 menggemari
|
Kamus Thai 2.indb ประธานได ้ เล ่ าเหตุการณ ์ ที่ เกิดขึ้ นอย ่ างแจ ่ มแจ ้ ง Tuan pengerusi telah menceritakan kejadian yang berlaku itu dengan jelas. แจ ่ มใส [-sai] ว cerah: ท ้ องฟ ้ าในวันนี้ แจ ่ มใส มาก Hari ini langit cerah sungguh. แจว [cε:w] น 1 dayung ก 2 mendayung: ชาวประมงคนนั้ นแจวเรือจนถึงริมฝั่ ง Nelayan itu mendayung sampannya sehingga ke tebing sungai. โจ ๊ ก 1 [co:k] น bubur |
Kamus Thai 2.indb สดใส [sotsai] ว 1 (ใบหน ้ า) berseri-seri: ใบหน ้ าของเธอสดใสขณะรับรางวัลแม ่ ตัวอย ่ าง Wajahnya berseri-seri sewaktu meneri- ma Anugerah Ibu Mithali. 2 (ท ้ องฟ้า สี) cerah: เมื่ อเช ้ านี้ ท ้ องฟ ้ ามืดครึ้ มแต ่ ตกเย็นดูสดใส Pagi tadi langit mendung tetapi petang ini nampaknya cerah. สดมภ ์ [sadom] น kolum, lajur สดับ [sadap] ก mendengar สดุดี [sadudi:] ก memuji: โลกสดุดี การตัดสินใจของประเทศอินเดียและปากีสถานใน เรื่ องของอาวุธนิวเคลียร ์ Dunia memuji ke putusan yang dibuat oleh India dan Pakistan
|
Kamus Thai 2.indb perlahan-lah- an: พูดค ่ อย ๆ bercakap perlahan-lahan 3 beransur-ansur, beransur: ท ้ องฟ ้ าค ่ อย ๆ สว ่ างข ึ้ น Langit beransur-ansur cerah. 4 berhati-hati: เขาค ่ อย ๆ วางเด็กลงบนเตียง Dia meletakkan bayi di atas katil de ngan berhati-hati. ค ่ อย 2 [k:y] สัน barulah: ทำงานให ้ เสร็จ ก |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
cerah | [ce.rah] | چره |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
cerah | skink | آفتابپرست | āftāb parast |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
nyalaan suria | solar flare | Ledakan cahaya yang sangat cerah pada permukaan matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. | Menengah Rendah |
fasa-fasa bulan | phases of the moon | Peringkat bentuk bahagian bulan yang cerah, yang dapat dilihat dari bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
oksihemoglobin | oxyhaemoglobin | Sebatian yang terbentuk apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Sebatian ini berwarna merah cerah. | Menengah Rendah |
fotosfera | photosphere | Lapisan terendah atmosfera matahari yang mempunyai purata suhu kira-kira 6000 Kelvin. Lapisan ini memancarkan cahaya yang cerah. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah |
|
Puisi |
---|
|
Bulan cerah bersinar benar, Cahayanya cerah sampai ke pintu; Cuba cubit abang nak kenal, Lainkah tidak dari dahulu?
Lihat selanjutnya... |
|