Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu ejaan yang sebenar, sama ada enapcemar atau enap cemar yang mewakili maksud "sludge". Terima kasih.enap cemar.Penyemakan dan penterjemahan29.04.2014
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah "adulteration", "adulterated product" dan "adulterant?" -Bidang Farmasi / Perubatan. Kami biasa gunakan istilah "campur palsu" atau "cemar palsu" sebelum ini untuk produk atau ubat yang dicampur dengan bahan kimia atau racun yang tidak diisytihar atau tidak dibenarkan.Jika merujuk bidang Perubatan dan Veterinar, padanannya ialah pencemaran, bahan cemar atau produk cemar.Istilah04.06.2010
"Aduhai, kotor sungguh sungai itu!" kata Ali kepada Yasir. pilih perkataan seerti bagi kotor. A. Jijik B. Cemar apakah jawapan bagi soalan ini? Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan ini?Mengikut Kamus Dewan, kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih, cemar; manakala jijik pula adalah mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji. Daripada makna yang diberikan dala Kamus Dewan, perkataan seerti dengan kotor ialah cemar.Tatabahasa18.08.2014
Salam. Bagaimanakah hendak membezakan antara mencemarkan dengan mencemari?Mencemari bermaksud menjadikan cemar; atau mengotori: contoh ayat, Tingkah laku yg tidak sopan telah mencemari nama baiknya. Manakala mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar; atau mengotorkan: contoh ayat, Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap.Tatabahasa19.05.2010
Bagaimanakah membezakan penggunaan akhiran -i dan -kan. Ayat yang manakah betul penggunaannya. a. Jangan cemari sungai. b. Jangan cemarkan sungai.

Perkataan mencemari bermaksud menjadikan cemar. Contoh,: Tingkah lakunya yang tidak sopan mencemari nama baiknya. Perkataan mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar. Contoh: Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Jangan cemarkan sungai'.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202-208. 

Tatabahasa09.07.2009
Tuan, saya hendak bertanya, apakah perbezaan maksud antara 'mencemari' dengan 'mencemarkan'? Bagaimanakah kedua-dua perkataan ini digunakan dalam ayat?Perkataan mencemari bermaksud menjadikan cemar, contohnya Tingkah lakunya yang tidak sopan  mencemari nama baiknya. Perkataan mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar,contohnya Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap.Tatabahasa12.09.2014
Salam pagi, Soalan saya ialah: 1) Yang manakah lebih gramatis: memanggang sate ATAU membakar sate? 2) Yang manakah lebih gramatis: bahan pencemar udara ATAU bahan cemar udara ATAU pencemar udara? 3) Apakah perbezaan antara maksud 'konsep' dan 'prinsip'? Sila berikan contohnya sekali. 4) Yang manakah betul: - ...orang ramai dinasihatkan supaya tidak membakar .... ATAU - ...orang ramai dinasihatkan tidak membakar... 5) Apakah perbezaan maksud antara 'punca' dan 'sumber'. Contoh ayat- Punca-punca pencemaran air ialah... ATAU Sumber pencemaran air ialah... (yang manakah lebih gramatis?) 6) Yang manakah lebih gramatis: - Ekoran daripada masalah jerebu... - Ekoran masalah jerebu... 7) Yang manakah betul / gramatis: - Kesan terhadap manusia ATAU kesan ke atas manusia 8) Yang manakah betul / gramatis: - lain-lain bahan atau bahan-bahan lain 9) Yang manakah betul / gramatis: - kita dapat merasanya dengan tangan - kita dapat merasainya dengan tangan 10) Yang manakah betul / gramatis: - menenggelamkan kawasan bumi yang rendah - meneggelamkan bahagian bumi yang rendah - membanjiri kawasan yang rendah - membanjiri bahagian yang rendah Sekian, terima kasih. CK(1) Frasa memanggang sate dan membakar sate, kedua-duanya betul. 
(2) Frasa yang paling tepat ialah pencemar udara.
(3) Konsep bermaksud pengertian am atau idea ygan mendasari sesuatu, seperti konsep demokrasi tidak bererti kebebasan yang tidak terbatas. Prinsip bermaksud sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan, seperti "berdasarkan perinsip kemampuan dan kecekapan".
(4) Frasa yang betul "orang ramai dinasihatkan tidak membakar".
(5) Punca pencemaran air ialah...
(6) Ekoran daripada masalah jerebu...
(7) Kesan terhadap manusia...
(8) Frasa yang betul ialah "bahan-bahan lain".
(9) Kita dapat merasanya dengan tangan.
(10) Membanjiri kawasan yang rendah.
Tatabahasa11.10.2015
Salam, Diantara dua ayat berikut yang manakah lebih tepat atau salah dalam penggunaan bahasa/perkataan/maksud merujuk kepada perkataan di dalam kurungan ( ). a)"Jangan (Kotorkan) Masa Depan Kita..Kitar Semula" atau b) "Jangan (Mencemarkan) Masa Depan Kita.. Kitar Semula" Kerjasama & bantuan dari pihak tuan sangat dihargai. Sekian, terima kasih.Kotor dan cemar, kedua-duanya membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun perkataan kotor lazimnya dikaitkan dengan benda-benda yang boleh dilihat secara fizikal seperti taman dan rumah. Oleh itu, pada pandangan kami perkataan cemar lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut...jangan cemarkan... .Tatabahasa24.01.2014
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor). Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; tidak akan menjadi najis. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih.Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.Tatabahasa19.04.2012
Disinfect bermaksud menyahjangkit. Disinfeksi pula merupakan kata nama yang menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud "pembasmian kuman yg boleh menyebabkan penyakit, biasanya dgn menggunakan bahan pembunuh kuman". Adakah hanya kata nama "disinfeksi" ini sahaja yang telah dimelayukan, manakala kata kerja disinfect (disinfek) tidak? Bagaimana dengan perkataan nyah cemar? Adakah mempunyai padanan maksud yang sama dengan "nyahjangkit"? Adakah padanan bahasa Inggerisnya "disinfect"? Mohon khidmat nasihat. Terima kasih.Sebagaimana yang terdapat dalam Pangkalan Data PRPM padanan istilah Disinfect yang telah diguna pakai ialah nyahjangkit.Istilah30.03.2020
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemar