Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Adakah ayat-ayat ini betul: i) Setiap pekerja perlu memastikan bahawa majikan membuat caruman pendapatan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. ii) Pertandingan itu diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Perak sekolah kami. iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa. 2. Ayat mana satu yang betul: i) Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya. ii) Sedangkan Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, apatah lagi adiknya. | Ayat i dan ii betul. Ayat (iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa, kurang tepat kerana kata pemeri “adalah” tidak boleh hadir di hadapan prasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, ayat di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa. Ayat “Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya” perlu diedit seperti yang berikut “Bukan Yasmin sahaja tidak termakan gulai yang pedas itu, malahan adiknya.” | Tatabahasa | 29.10.2020 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "takaful contribution" (padanan istilah kewangan Islam untuk istilah kewangan konvensional "insurance premium")? Adakah "sumbangan takaful" atau "caruman takaful"? Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: takaful contribution - sumbangan takaful Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 28.06.2021 |
Apakah perbezaan antara 'pelaksanaan' dan 'perlaksanaan' dan bagaimanakah kaedah penggunaannya? Terima kasih. | Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya). Contoh penggunaan: (1) Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. (2) Dengan perlaksanaan skim caruman itu, maka dapatlah orang kampung melabur.
| Makna | 26.04.2017 |
Salam sejahtera, adakah terjemahan di bawah betul? Harap boleh membalas secepat mungkin. 1. Leave of absence = cuti berpanjangan 2. If the plan is NON-CONTRIBUTORY = tidak menyumbang atau tidak bersumbang? 3. Take-over certificate = Sijil Diambil Alih 4. Disorderly conduct = Kelakuan tidak terkawal 5. The money is used to help all Covered Employee in times of MISFORTUNE = kesusahan 6. SICKNESS & illness = Kesakitan & penyakit Sekian, terima kasih | Soalan berkenaan terjemahkan ini, tuan/puan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemahan Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan: 1. cuti 2. tanpa caruman 3. Pengambilalihan sijil 4. perbuatan tidak senonoh 5. kemalangan, kecelakaan 6. sakit dan penyakit | Penyemakan dan penterjemahan | 03.07.2014 |