Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah betul? Pokok bunga di taman bunga itu (cantik -cantik / cantik-cantik belaka). | Ayat yang sesuai ialah "Pokok bunga di taman bunga itu cantik." Perkataan "cantik-cantik" dan "cantik-cantik belaka" juga betul, tetapi dianggap lewah dalam konteks ayat ini. | Tatabahasa | 10.12.2014 |
Tuan, Ini juga berkaitan kata ganda, kata ganda juga bermaksud jamak. Oleh itu, adakah frasa ini betul? 1. cantik-cantik belaka. (cantik-cantik bermaksud semua cantik, belaka juga bermaksud jamak, Oleh itu, maksud jamak telah diulangkan lagi.) Dalam keadaan ini, adakah frasa cantik-cantik belaka betul? Atau dalam keadaan ini, kata ganda bagi kata adjektif bermaksud "sangat" dan bukan jamak. Oleh itu, cantik-cantik belaka boleh diterima? Mohon penjelasan. Terima kasih | Frasa cantik-cantik belaka betul. Perkataan cantik-cantik dalam frasa tersebut merupakan penggandaan penuh kata adjektif, iaitu kata adjektif tunggal digandakan untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh. Manakala perkataan belaka dalam konteks frasa yang diberikan pula berfungsi sebagai kata penguat belakang yang kedudukannya diletakkan di belakang kata adjektif. Contoh dalam ayat: Rumah di kampung itu cantik-cantik belaka. | Tatabahasa | 26.05.2021 |
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka. | Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d) | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Adakah penggunaan "belaka" dalam ayat-ayat di bawah betul? Ayat yang manakah salah? a) Kain yang dijual di situ cantik-cantik belaka. b) Kain yang dijual di situ cantik-cantik. c) Kain yang dijual di situ cantik belaka. | Ayat yang gramatis ialah kain yang dijual di situ cantik-cantik dan kain yang dijual di situ cantik belaka. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
Tuan, saya ingin memohon penjelasan tentang kata ganda : adakah kata ganda juga bermaksud "sangat"? contohnya :bunga itu sangat cantik-cantik. adakah frasa ini betul? kalau salah, adakah kerana cantik sudah membawa maksud sangat, oleh itu kita hanya dapat tulis sangat cantik atau cantik-cantik sahaja? ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada pihak tuan. | Frasa yang betul ialah "Bunga itu sangat cantik". Kata adjektif "cantik" didahului oleh kata penguat "sangat" dalam ayat berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi kata nama atau frasa nama. Manakala frasa "Bunga itu cantik-cantik", bermaksud semuanya cantik. | Tatabahasa | 26.05.2021 |
cantik belaka atau cantik-cantik belaka. yang manakah betul? | Perkataan “belaka” bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu, tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya. Jawapan yang betul ialah "cantik belaka". "Cantik-cantik belaka" juga betul tetapi dianggap lewah dalam konteks ayat kerana sudah ada kata ganda lain yang menunjukkan jamak. | Lain-lain | 29.06.2022 |
Yang manakah betul? 1. Bunga di taman itu cantik-cantik belaka? 2. Bunga di taman itu cantik belaka? | Yang betul ialah Bunga di taman itu cantik-cantik belaka. | Tatabahasa | 15.06.2012 |
1. Cantik-cantik belaka atau cantik belaka 2. Nilai murni - mencuci pinggan masing-masingselepasmakan semasa aktiviti perkhemahan? 3. Nilai murni bagi makan dengan tenang walaupun tidak sendless makan di rumah ? | 1. Cantik belaka. Soalan 2 dan 3 tidak difahami maksudnya? | Lain-lain | 22.02.2014 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik | 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik Jawapan: 1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat. 2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai. 3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama) | Tatabahasa | 10.04.2015 |
Ayat mana yang betul? A) paling cantik sekali B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali E) tercantik sekali TQ | Ayat yang betul ialah B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali. Ayat A) paling cantik sekali dan E) tercantik sekali salah kerana imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. | Tatabahasa | 29.03.2010 |