Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sila nyatakan perbezaan bagi perkataan canggung dan kekok (Inggeris: not natural) dari segi makna dan penggunaannya. | Kata canggung sama makna dengan kekok. Canggung bermaksud agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; atau disebut juga janggal: seperti contoh ayat: Aku berasa canggung/kekok/janggal sekali apabila bercampur gaul dengan mereka. | Makna | 28.01.2011 |
Salam. Dalam industri penyarikataan, adakah "tapi/tetapi" dibolehkan digunakan di awal ayat? Sari kata merupakan transkripsi/terjemahan ayat percakapan. Apabila "namun" digunakan di tempat "tapi" dalam sari kata perbualan harian, bunyinya sungguh canggung. Kalau guna "akan tetapi", masih canggung, malah terlalu panjang pula kerana sari kata ada had aksara per baris dan per saat. Mohon nasihat. | Bidang sari kata juga tertakluk pada rumus tatabahasa. Tetapi tergolong dalam kategori kata hubung dan hadir pada pertengahan ayat. Contohnya, Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Berbeza dengan namun yang berfungsi sebagai penanda wacana yang menghuraikan pernyataan berbeza daripada ayat sebelumnya. Kami berpandangan dalam konteks yang dinyatakan kata namun lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 22.08.2021 |
berikan erti=caklempong,calang2,canai,canggung,cangkir,canting, capik,cari gali | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 17.04.2010 |
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia? | Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan). | Lain-lain | 06.04.2010 |
Salam DBP, saya ada soalan mengenai istilah. Apakah istilah BM untuk chicken chop atau lamb chop. Saya ada merujuk dalam web PRPM dan menggunakan cop ayam atau cop kambing, namun kedua-duanya kelihatan/kedengaran canggung. Adakah cadangan bagi istilah BM untuk istilah-istilah itu yang lebih umum dan diterima pakai oleh masyarakat kita? Sekian, terima kasih. | Betul, padanan bagi chicken chop dan lamb chop ialah cop ayam dan cop kambing. Berkemungkinan agak janggal kerana penggunaan perkataan tersebut belum lagi meluas. Oleh itu, dharapkan usaha kita ini dapat menyebar luas istilah yang telah lama dibina tetapi kurang digunakan. | Istilah | 03.08.2018 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggung |
|
Puisi |
---|
|
Hari redup menyemai padi, Wak Dolah menanam jagung; Kalau hidup tidak berbudi, Duduk salah berdiri canggung.
Lihat selanjutnya... |
|