Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
cam ne nak buat sajak sy teringin nak memahami maksud sajak yang berbahasa kiasan penuh dengan pesonafikasiAssalamualaikum wbk. Sdr. dicadangkan merujuk dan menghayati buku Panduan Menulis Sajak (terbitan DBP) karya Rahman Shaari. Dalam hal ini juga, sdr. digalakkan membaca puisi karya penulis lain terutama karya yang memenangi hadiah sastera, rajin mengikuti bengkel penulisan puisi serta banyakkan berkarya. Mudah-mudahan sdr. akan berjaya menjadi penulis/penyair yang baik. Sekian, teriama kasih.  Lain-lain11.10.2008
Apakah terjemahan bagi perkataan webcam? Terima kasih.Cadangan terjemahan web cam ialah kamera web.Istilah12.03.2012
Adakah perbezaan antara dikenalkan dengan diperkenalkan? Terima kasih.Dikenalkan ialah bentuk pasif bagi mengenalkan. Yang membawa maksud cam, hafal, tanggap, dan pasti.  Contoh ayat: Peserta kursus dikenalkan dengan huruf jawi pada hari pertama kursus mereka.  Diperkenalkan ialah bentuk pasif bagi memperkenalkan yang  membawa maksud memberitahu, menyatakan, mendedahkan, membentangkan; iaitu menjadikan sesuatu dikenali. Contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat, Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, dan Tatabahasa Dewan Edisi KetigaMakna25.07.2011
Apakah maksud kepercaman? Apakah kata dasarnya? Ia dipadankan dengan kata 'identity' dalam istilah Malaysia. Apakah konteks menggunakan istilah tersebut? Jika saya gantikan kata 'identiti' dalam ayat berikut dengan 'kepercaman' adakah ia betul? "Bahasa sebuah bangsa ialah (identiti) kebudayaannya.Kata dasar bagi perkataan kepercaman ialah cam yang menerima apitan peN...an. Istilah tersebut dibuat untuk membezakannya dengan perkataan kecaman. Istilah kepercaman digunakan untuk pelbagai bidang seperti Antropologi, Farmasi, Matematik, Pendidikan, Pentadbiran, Perpustakaan, Kejuruteraan dan pelbagai lagi. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, jika dilihat pada maksud, istilah kepercaman boleh digunakan tetapi dalam konteks ayat tersebut kami di DBP menggunakan perkataan yang lazim digunakan iaitu identiti.Istilah16.12.2018
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cam