Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar? | Untuk makluman: 1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh lain: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. Contoh lain: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar atau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar jika dalam ayat, mana satu yang perlu digunakan. | Ungkapan yang betul, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. | Tatabahasa | 14.11.2016 |
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH. | Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris, cth. menangguhkan penyelenggaraan pro- jek; iii. memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar. Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'. | Cik Puan Zafirah, Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut: Contoh: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 31.05.2009 |
Dengar cakap saya. Adakah ayat di atas mempunyai dua maksud? Maksud pertama-Adakah kamu dengar apa yang saya cakap? Maksud kedua- buat/patuh apa yang saya cakap | Ayat "Dengar cakap saya" bermaksud buat/patuh apa yang saya cakap. | Makna | 28.10.2022 |
Salam, apakah tajuk/istilah yang sesuai untuk ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah? Ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata, ayat seruan - Jenis ayat Ayat aktif dan ayat pasif - Ragam ayat Ayat susunan biasa dan ayat songsang - Bentuk ayat Terima kasih. | Ayat cakap ajuk dan cakap pindah termasuk dalam kaegori ayat penyata. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
cakap ajuk Bila engkau pulang dari luar negeri?tanya Amin kepada Ahmad. cakap pindahnya bagaimana? | Cakap pindah ayat tersebut ialah Amin bertanya kepada Ahmad tarikh Ahmad pulang dari luar negeri. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
Soalan tentang cakap pindah tukar kepada cakap ajuk Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. Jawaban:Ketahuilah bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon, kata guru itu. Kenapa saya tidak boleh menulis 'dunia pada hari itu semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,' kata guru ini | Untuk makluman: 1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa-apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. Contoh: Cakap ajuk: "Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah: Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. Cakap pindah yang boleh digunakan bagi cakap ajuk seperti pertanyaan puan ialah Guru menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. | Tatabahasa | 08.01.2021 |
nk tahu maksud mendalam tentang perkataan CAKAP LEPAS berserta contoh.. dan tips mengatasi... akibat daripada cakap lepas dn sbgnya | Dalam sumber rujukan kami frasa yang wujud ialah "lepas cakap" (bukan cakap lepas) yang bermaksud suka berleter, suka mengatai orang atau disebut juga mulut jelabas. | Tatabahasa | 02.04.2010 |
Soalan ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk Yazid memberitahu Mustapa bahawa terdapat selekoh di hadapan. Jawaban Awas ada selekoh di hadapan, kata Yazid kepada Mustapa. Mengapakah jawaban dia ada muncul awas.Saya ada beberapa kekeliruan.Bolehkah Tuan memberi penerangan.Terima kasih | Penggunaan kata awas dalam ayat tersebut adalah betul kerana membawa maksud berhati-hati ada selekoh di hadapan. Penulisan yang tepat ialah Awas, ada selekoh di hadapan. Walau bagaimanapun, penggunaan kata awas boleh juga ditiadakan. Contoh: Ada selekoh di hadapan. | Lain-lain | 08.01.2021 |