Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
confocal optical microscopy (COM)Kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kontras (kejelasan) imej pada mikroskop, terutama pada sampel/bahan uji yang tebal. Sampel/bahan uji akan disinari oleh cahaya sefokus. Cahaya sefokus terbentuk apabila cahaya tersebut melalui lubang (pinhole). Cahaya daripada sampel/bahan uji tersebut kemudiannya terpantul semula dan dikesan oleh alat pengesan.
particle light analysisKaedah yang digunakan untuk pengukuran saiz zarah dengan menggunakan pancaran cahaya (laser). Teknik ini berfungsi berdasarkan prinsip pancaran cahaya yang mengenai zarah akan menghasilkan sudut serakan cahaya. Zarah yang mempunyai saiz yang berbeza akan menghasilkan sudut serakan cahaya yang berbeza. Semakin kecik saiz zarah, semakin besar sudut serakan cahaya.
light-harvesting complexKumpulan binaan yang terdiri daripada susunan pigmen yang dikelilingi oleh subunit protein. Pigmen ini menyerap cahaya dan memindahkan tenaga foton ke protein. Contohnya, kompleks yang mengandungi klorofil berfungsi memungut cahaya dalam proses fotosintesis
near-field scanning optical microscopy (NSOM)Kaedah untuk mengkaji sifat optik sampel seperti penghantaran cahaya dan penyerakan cahaya.
photodynamic theraphyTerapi bagi rawatan kanser yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pefotopeka, cahaya dan molekul oksigen. Pefotopeka ialah sebatian kimia yang dapat teruja oleh cahaya pada frekuensi tertentu, biasanya cahaya tampak atau inframerah dekat. Apabila pefotopeka berada berdekatan dengan molekul oksigen, tenaga akan dipindahkan dan menghasilkan molekul oksigen berkeadaan singlet. Oksigen singlet ialah bahan kimia yang agresif dan bertindak cepat dengan sebarang sel kanser.
Graetzel cellSel fotovolta yang menggunakan bahan nanohablur titanium oksida (TiO2) berliang tinggi dan terjerap pencelup bahan organik bagi menghasilkan tenaga elektrik daripada sinaran cahaya. Bagi memastikan cahaya yang diterima dapat dicerap, lapisan molekul pencelup ini hendaklah tebal (biasanya melebihi saiz molekul) kerana saiz molekul pencelup ini terlalu kecil.
glow peakPengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau.
photochemical switchSuis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul.
chemical sensor chemochromicPenderia yang dibuat berasaskan perubahan warna cahaya LED yang dipantulkan oleh pigmen filem tipis apabila terdedah kepada gas. Sistem sensor ini terdiri daripada berbilang LED yang mempunyai dua fungsi. Setiap LED menjadi pemancar cahaya apabila diberi pincang ke depan dan sebagai pengesan cahaya apabila diberi pincang songsang. Dengan mengenakan pincang secara ulang-alik, sistem ini dapat bertindak sebagai sensor yang tahan lasak, jimat dan jangka hayat yang panjang. Contohnya, dalam pengesanan gas hidrogen.
nanophotonicsIlmu tentang perlakuan cahaya pada bahan nanostruktur seperti bintik kuantum dan hablur fotonik, biasanya melibatkan kajian tentang sifat cahaya pada nanometer dan reka bentuk peranti fotonik yang mempunyai kecekapan yang tinggi. Ilmu ini berpotensi tinggi dalam industri komunikasi bagi membekalkan peranti berkelajuan tinggi, berkuasa rendah dan bebas gangguan seperti elektrooptik dan suis optik pada cip. Lihat juga fotonik.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cahaya

Puisi
 

Terang bulan dipancar cahaya,
     Budak-budak ramai bermain;
Kanda kupandang nampak cahaya,
     Hatiku tidak ke tempat lain.



Lihat selanjutnya...