Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam sejahtera saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi nama "pada" yang digunakan pada ayat ini adakah betul ataupun tidak. "Pada pertuduhan kedua, Mohd Hamdan didakwa bersalah dalam kes cabul. Pada pertuduhan ketiga..... adakah penggunaan pada itu betul dalam ayat ini. kerana saya keliru mahu menggunakan pada ataupun dalam/ di dalam | Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan juga dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan). Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud sasaran. Contoh ayat: Syaripah guru Geografi pada masa itu. Kata sendi dalam pula berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh ayat: Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. Oleh itu, berdasarkan contoh ayat yang diberikan. Penggunaan sendi nama yang betul ialah dalam. | Tatabahasa | 21.04.2021 |
Apakah persamaan dan perbezaan di antara sopan dan susila? | Berikut merupakan maksud sopan dan susila berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: i. Sopan - Hormat (segan, takzim) dengan tatatertib - Baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab - Baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur) ii. Susila - Baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sopan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=susila | Makna | 08.11.2020 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabul |
|
|