Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sapa kata padi tak bunting, Padi pulut berendam di air; Sapa kata abang tak rungsing, Suap ke mulut mata berair.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Turun ke sawah memikul bajak, Hendak menyemai bunting padi; Sudah terpijak bumi Allah, Di situ tempat berakhir janji.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Jalak lenteng namanya nyanyi, Dibawa dengan langgam Melayu; Awaklah bunting tegak menari, Banyaklah bidan duduk termangu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana padi tidakkan rebah, Dipijak kambing bersama badak; Bagaimana bini tidakkan marah, Dia bunting awak merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak belanga menjadi mangkuk, Banyaklah habis piring di rumah; Sejak buaya menjadi datuk, Banyak gadis bunting tak nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk main tempurung, Kena pungkang kepala pening; Awak gemuk berkain sarung, Disangka orang betina bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang berburu ke padang datar, Dapat rusa bertanduk runcing; Sedang berguru orang melamar, Lambat nikah perutlah bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang cawan, Banyaklah budak berjaja piring; Pilulah hati memandang kawan, Anaknya banyak bini pun bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunting

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.



Lihat selanjutnya...