Kata |
Takrif |
Sumber |
mengandung | 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengandung | 1. membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2. berisi; bermuat:Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3. hamil. | Kamus Pelajar |
guna I | 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ sama dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb): satu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia dlm kegiatan dan perkembangan ekonomi; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; seguna; ~ sekaya harta benda yg diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai); berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; kebergunaan perihal (keadaan dsb) berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan; menggunakan 1. = mempergunakan mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn: dia ~ kesempatan yg baik ini utk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dgn ~ kuasa elektrik; mempergunakan 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah;gunaan bidang pelajaran yg ada kegunaan praktiknya: sains ~; kegunaan 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu; pergunaan ark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian; penggunaan 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~; pengguna orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adab | budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adab | budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1. baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2. telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. | Kamus Pelajar |
kandung | 1 karung kecil tempat menyimpan wang (emas dll); kantung; pundi-pundi: Dia mengeluarkan wang dr ~nya. 2 pundi-pundi peranakan; rahim. mengandung 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. mengandungi menjadi sbg kandung kpd: Gelas ~ air. mengandungkan sedang mengandung (anak); membuntingkan; menghamilkan: Dia sihat semasa ~ anak sulungnya. terkandung sudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat: Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya. kandungan 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bestari | 1 berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. 2 beroperasi berbantukan komputer dan kemudahan teknologi maklumat (bkn sekolah, sistem dsb): sekolah ~. membestarikan menjadikan atau menyebabkan bestari: Banyak usaha yg dijalankan utk ~ sistem pengurusan syarikat itu. kebestarian keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. pembestarian perihal atau perbuatan membestarikan: Mereka menitikberatkan ~ sistem pengurusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
busuk budi | tidak baik budi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sopan | 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bestari | 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
gracious | adj 1. pleasant, polite and generous, baik budi: it was ~ of the Duchess to come to our bazaar, Duchess itu sungguh baik budi krn sudi datang ke pesta amal kami; a ~ hostess, tuan rumah yg baik budi; 2. marked or characterized by courtesy, kindness, lembut mesra: we were pleased with their ~reception, kami berasa senang dgn sambutan mereka yg lembut mesra; a ~ smile, senyuman yg lembut mesra; 3. characterized by elegance, mewah: ~ living, kehidupan yg mewah; 4. (of God) merciful, Maha /Pengampun, Mengasihani/: God is ~, Tuhan Maha Pengampun; 5. (fml), (used in addressing or referring to royal persons), [not translated]: her ~ Majesty Queen Beatrix, Duli Yang Maha Mulia Ratu Beatrix; by the ~ consent of the Sultan of Oman, dgn perkenanan Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
graciousness | n winning ways, courteousness, sifat [sso] yg baik budi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
generosity | n 1. readiness to give, kemurahan hati; (with money) kedermawanan, sifat /murah hati, pemurah/: she is well-known for her ~ to charitable organizations, dia terkenal krn kemurahan hatinya thdp pertubuhan-pertubuhan amal; 2. magnanimity, sifat baik hati, kebaikan hati: he showed his characteristic ~ in forgiving his assailants, dia menunjukkan sifat baik hatinya apabila memaafi penyerang-penyerangnya; 3. generous act, budi baik: he was remembered for his many generosities, dia diingati krn budi baiknya yg banyak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
discretion | n 1. liberty to make decisions, budi bicara, kebijaksanaan: the approval of the plan is subject to the directors ~, pelulusan rancangan itu tertakluk kpd budi bicara pengarah; at the ~ of so., at sos ~ /atas, mengikut/ /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; use os ~, menggunakan /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; 2. prudence, circumspection, berhati-hati; (of person) kebijaksanaan: ~ is the better part of valour, berhati-hati lebih baik drpd bertindak berani; /age, years/ of ~, usia dewasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impose | ~ /on, upon/, menyusahkan; (sos good nature, indness, generosity, etc) mengambil kesempatan: you allow yourself to be ~ed upon by the children, kamu membiarkan anak-anak menyusahkan kamu; I would not want to ~ upon your good nature, saya tdk mahu mengambil kesempatan krn puan baik budi; ~ /os, os company/ on, menyuakan diri; (by causing inconvenience) menyusahkan: we did not invite him to join our group; he ~d himself on us, kami tdk mengajaknya bersama-sama dlm kumpulan kami; dia yg menyuakan diri; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conformity | n keakuran; in ~ with, sesuai dgn: his behaviour is not in ~ with good manners, kelakuannya tdk sesuai dgn budi pekerti yg baik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang terdiri daripada empat baris dalam seuntai. Rima akhirnya terdiri daripada rima yang berselang a b a b. Setiap baris biasanya dibentuk oleh ernpat kata yang terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Pantun biasanya digunakan dalam percintaan, nasihat, adat, agama, didaktik, falsafah dan lain-lain. Contohnya, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. |
pantun budi | pantun budi | Kesusasteraan | Puisi | Tema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. |
cross rhyme | rima silang | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terdapat di bahagian tengah sesuatu puisi panjang dan mempunyai persamaan dengan baris ayat puisi yang berikutnya. Contohnya adalah seperti yang berikut: Will ye bridle the deep sea with reins, Will ye chasten the high sea with rods? Will ye take her to chain her with chains, who is order than all ye Gods? Dalam kontes kesusasteraan Melayu, maksud rima silang ditemui dalam genre pantun empat kerat. Dalam pantun, baris pertama mempunyai rima hujung dengan baris ketiga, sementara hujung baris kedua akan berima dengan hujung baris keempat. Rima silang juga terdapat di tengah baris pantun, iaitu antara baris pertama dengan baris ketiga, dan baris kedua dengan baris keempat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang jua. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 712. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul Seloka emak Si Randang adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud pujian atau pemujaan. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata. |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Tiada | Bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
diak | baik; 1 elok, bagus: bup itou ~ bak basa aneak umit buku ini baik dibaca oleh kanak-kanak; 2 tidak jahat kelakuan dll: ~ tan tabiyet aneak yen baik budi pekerti budak itu; 3 menyatakan persetujuan: ~lah mak, ~lah inak baiklah emak; 4 pulih, sembuh: paleks | Melanau Mukah | |
sayan I | pekerti, budi pekerti; 1 perangai, kelakuan, tabiat: iman wak seperenak jegem ~ wak diak itoulah wak kekel iman yg sempurna dan budi perkerti yg baik itulah yg kekal; 2 perbuatan (kurang baik): nda bei ~ tidak ada budi pekerti; 3 tatatertib, disiplin; | Melanau Mukah | |
balas | balasan (a) jawapan: ~ surat nya baru udah diterima iya jawapan surat itu baru saja diterimanya; (b) tanda terima kasih (atas kebaikan yg diterima dll): ~ budi balas budi; (c) ganjaran (utk perbuatan baik dll): serang ~ serangan balas; | Iban | |
basa I | adab; 1 tingkah laku serta kata yg halus, budi pekerti yg sopan: ~siyen diak angai gak a adabnya baik terhadap orang; 2 cara sso berkelakuan: ~ pegaul jegem a adab bergaul dgn orang; | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb دادماب )bāmiye( هيماب )bānd( دناب )bānk( کناب )bāng, faryād( دايرف ،گناب )bā vaghār( راقو اب )bā hūsh( شوه اب )bebakhshīd( ديشخبب menenun baki sayap di atas dewasa, baligh balkoni belon baik hati pagi bendi kain pembalut bank teriak berbudi cerdas maafkan saya to weave remainder wing above adult balcony ballon kind morning okra bandage bank call loudly, cry graceful intelligent excuse to kiss by buffalo horn turkey boxer boxing to better sanitation paradise without bau belukar pokok padi kucup, cium dengan, oleh kerbau hon ayam belanda peninju tinju ke, kepada lebih baik sistem menjaga kebersihan awam syurga tanpa )bū( وب )būte, derakhtche( هچتخرد ،هتوب )būte-ye berenj( جنرب ء هتوب )būsīdan( نديسوب )bevasīle( هليسوب )būfālū( ولافوب )būgh( قوب )būghalamūn( نوملقوب )boks bāz
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan penyusunan kamus ini. Pada peringkat ikhtisas dan amalinya pula, kami sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada pakar bidang yang sanggup menabur bakti, berkongsi ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami ucapkan setinggi- tinggi terima kasih. Selain disediakan. e. Tanpa sangkalan bagi memastikan penghantar mesej atau pengguna sistem tidak boleh menafikan perbuatan yang telah dilakukan. f. Kesediaan untuk memastikan bahawa sistem yang disediakan berfungsi dan beroperasi dengan baik. g. Hak persendirian dalam memastikan bahawa hak dan maklumat peribadi tidak dicabuli. keselamatan komunikasi (COMSEC) (Ig. communication security (COMSEC); Br. keselamatan perhubungan; Id. keamanan komunikasi; sekuritas komunikasi) Langkah yang diambil
|
Kamus Thai 2.indb ก็ [k] ว juga, pun: ถ ้ าคุณไป ผมก ็ จะไป Kalau kamu pergi, saya akan pergi juga. หรือ Kalau kamu pergi, saya pun akan pergi. ก็ดี [-di:] ว pun baik juga: คุณอธิบาย เสียหน ่ อยก็ดี Anda terangkan sedikit pun baik juga. ก็ได ้ [-dai] ว pun boleh: น ั ่งเก ้ าอี้ ต ั ว ไหนก็ได ้ Duduk di kerusi mana-mana pun boleh. กก 1 [kok] น menderung: ชาวบ
|
Kamus Thai 2.indb dadah. จรด [carot] ดู จด¹ จรดพระนังคัล [-pranakan] น upa cara pembukaan sawah diraja: พระเจ ้ า แผ ่ นดินเสด็จไปยังพระราชพิธีจรดพระนังคัล Raja berangkat ke upacara pembu kaan sawah diraja. จรรยา [canya:] น budi, akhlak, etika, moral: เขาถูกบ ่ มเพาะเพื่ อให ้ เป็นคนที่ มีจรรยาดี Dia diasuh supaya menjadi orang yang mempunyai budi yang baik. จรรยาบรรณ [-ban] น etika: นายแพทย ์ จะต ้ องยึดถือจรรยาบรรณแพทย ์ Doktor mesti berpegang kepada etika perubatan. จรวด [caruat] น roket จระเข ้ [c:rake:] น buaya จราจร [cara |
Kamus Thai 2.indb น haram นอกจาก [-ca:k] สัน kecuali: ทุกคนนอน หมดแล ้ วนอกจากฉัน Semua orang sudah tidur kecuali saya. นอกใจ [-cai] ก curang: สามีที่ ดีต ้ อง ไม ่ นอกใจภรรยา Suami yang baik mesti tidak curang terhadap isteri. นอกชาน [-ca:n] น pelantar นอกเหนือ [-na] ว lebih daripada: เขาทำงานนั้นนอกเหนือจากที่ ได ้ สั่งไว ้ Dia membuat kerja itu lebih daripada yang diarahkan. นอง [n Saya tidak sangka akan bertemu de ngan Encik Mazlan di pasar raya. นึกว ่ า [-wa:] ก sangka: ฉันนึกว ่ าเขาดี ที่ แท ้ ก ็ เลว Aku sangka dia baik, rupa- rupanya jahat. นึ ่ ง [n] ก mengukus นุ ่ ง [nu] ก memakai: เขานุ ่ งโสร ่ งไปมัสยิด Dia memakai kain pelikat ke masjid. นุ ่ น [nun
|
Kamus Thai 2.indb Empat bertanggungjawab atas kematian penunjuk perasaan di Takbai. รับรอง [-r:ng] ก 1 memperakui: อาจารย ์ ใหญ ่ รับรองว ่ าฮารนเป็นนักเรียนที่ ดี Guru besar memperakui bahawa Harun memang murid yang baik. 2 menyam- but: รัฐบาลเตรียมรับรองผู ้ นำจากต ่ างประเทศ Kerajaan membuat persiapan untuk menyambut pemimpin asing. รับรัก [-rak] ก membalas kasih: หญิง สาวคนนั้ นไม ่ รับรักใครเลย Gadis itu tidak membalas kasih mengundi: ในวันเลือกตั้ ง ทั่ วไปคนไทยจำนวนมากออกมาเลือกตั้ ง Pada hari pilihan raya, rakyat Thai bera- mai-ramai keluar mengundi. เลื่องลือ [lal:] ก terkenal: ชื่ อเสียง ของมหาวิทยาลัยฮาวาร ์ ดเลื่ องลือไปทั่ วโลก Nama baik Universiti Havard terkenal di seluruh dunia. เลือด [lat] น darah เลื่อน [lan] น 1 kereta luncur: กวาง เรนเดียร ์ ลากเลื่ อน Rusa kutub biasanya menarik kereta luncur. ก 2 meminda |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi baik |
|
Puisi |
---|
|
Banyak ubi perkara ubi, Ubi Daik saya tanamkan; Banyak budi perkara budi, Budi baik saya kenangkan.
Lihat selanjutnya... |
|