Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyak buah perkara buah, Buah di rimba jangan dimakan; Banyak tuah perkara tuah, Tuah menimpa saya harapkan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah-buah rotan dan batu, Jauh sejengkal dimakan angin; Apa khabar ayah bondaku, Baru merasa sejuk dan dingin.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan dipukul jangan dimaki, Amun tidak hendak antaran pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Kasi talak hantar pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah kentung buah kekati, Buah salak di dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Hantar talak anak orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah rambai buah rambutan, Buah tergantung bertali-tali; Sudah sampai janjimu tuan, Jika untung mana nak lari?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah perang buah keranji, Buah pauh lebat sangat; Kalau sebulan boleh dinanti, Kalau setahun lambat sangat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.



Lihat selanjutnya...