Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buah yang manis berulat di dalamnya.

Takrif

Perkataan yang manis-manis mengandungi maksud yang buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, dan diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga.

Takrif

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin.

Takrif

Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buah masak merah belum tentu manis rasanya.

Takrif

Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buah macang dimakan kelarah, di luar baik busuk di dalam.

Takrif

Orang perempuan yang sudah rosak, hanya di luar saja yang kelihatannya baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong.

Takrif

Orang yang sombong banyak cakapnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terung buah bergantung, lobak buah berlindung.

Takrif

Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti tembatu dibelah.

Takrif

Berserak-serak, tidak keruan. tembatu = buah yang keras seperti buah nipah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dulu buah daripada bunga; dulu duduk daripada cangkung.

Takrif

Beranggapan sudah memiliki sesuatu barang yang belum tentu diperoleh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gundahkan buah dimakan burung.

Takrif

Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.



Lihat selanjutnya...