Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Semua pokok botak apabila tiba musim luruh. apakah kata yang paling sesuai utk gantikan kata botak? | Perkataan yang sesuai ialah pokok tidak berdaun apabila tiba musim luruh. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Apakah maksud dan asal-usul perkataan Toncit? Contoh ayat, "Jin pakai toncit". Terima kasih. | Kata "tonchet" telah terakam dalam Kamus Malay-English Dictionary (R.J Wilkinson, 1959) dengan maksud tuft or lock of hair; small queue; Hn. cf. kunchit, kunchir, kundai, chotet, konchet. Secara umumnya, makna "toncit" dalam ayat "Jin pakai toncit" bermaksud mempunyai secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol atau botak, sama ada diikat tinggi atau berbentuk sanggul dan sebagainya. Dalam Kamus Dewan Perdana, terdapat kata "kuncit" yang bermaksud secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol; kucir. Kata "kucir" pula bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kuntung. Kata "kuntung" juga bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kucir. Terdapat juga kata "tongset", kata berlabel kata klasik yang berasal daripada bahasa Cina (Kamus Dewan), dan bermaksud sanggul atau kundai. Kajian yang lebih lanjut adalah amat dialu-alukan. Bagi tujuan keselarasan ejaan, kata "toncet" atau "tuncit" adalah disarankan. | Lain-lain | 06.01.2022 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata botak |
|
Puisi |
---|
|
Anak haruan lima-lima, Pilih saja yang mana besar; Saya bukan ayam betina, Remak botak pantang berkisar.
Lihat selanjutnya... |
|