Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
'buku yang bosan', bolehkah 'bosan' digunakan sbg kata adjektif yg bermaksud 'kurang menarik minat'?Perkataan bosan tidak gramatis dalam konteks ayat tersebut. Jika perkataan bosan ingin digunakan dalam ayat tersebut, perlu diubah suai menjadi "Kandungan buku ini sangat membosankan".Tatabahasa26.07.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lah'. Dijarakkan atau dirapatkan? Contoh : bosanlah atau bosan lah Sekian, terima kasih.Kata penegas atau disebut juga partikel seperti -kah, -lah dan -tah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya; contohnya siapakah, itulah dan apatah.Tatabahasa13.12.2014
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), mene­pukan.

Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut;

 1. Lori itu muat dengan barang-barang.

2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.
Tatabahasa18.07.2013
slm.. penggunaan penjodoh bilangan untuk murid,pelajar,pengawas dan sebagainya..perlukah disertakan dengan orang di depannya seperti (beberapa orang pengawas/ beberapa orang murid) atau di tulis begini (beberapa murid,beberapa pengawas,beberapa pekerja) terima kasihPenggunaan penjodoh bilangan bergantung pada konteks penggunaannya. Lihat perbezaannya dalam ayat berikut: Beberapa orang pengawas sedang bertugas di pintu sekolah dan Penggunaan alat bantu mengajar diharapkan dapat membantu mengatasi rasa bosan para pelajar.Tatabahasa09.03.2012
Slam tuan, Saya mencadangkan supaya kitab-kitab turas dalam ejaan jawi disemak semula supaya diperbetulkan ejaannya mengikut ejaan jawi semasa,ini kerana mengelirukan dan membosankan kepada pelajar yang balajar ejaan jawi baru yang membaca kitab turas.

Terima kasih atas cadangan saudara. Satu cadangan yang bagus.

Tetapi sebagai seorang pelajar sepatutnya itulah proses yang perlu dilalui supaya kepakaran membaca kitab-kitab turas dipupuk. Tidak timbul soal bosan atau tidak.

Lain-lain09.06.2009
Adakah perkataan "kart beli-belah" boleh digunakan bagi terjemahan perkataan bahasa Inggeris "shopping cart"? Ini kerana istilah sasar untuk perkataan "cart" ialah "kart". Terima kasih.Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah cart ditakrifkan seperti yang berikut selain kart (dalam bidang umum).   
  • n 1. vehicle pulled by a horse, cattle, etc, pedati; 2. small usu wooden vehicle pushed or pulled along by hand, kereta sorong;

    vt 1. convey in a cart, /membawa, mengangkut/ [sst] dgn pedati: to ~ the firewood home, membawa pulang kayu api ke rumah dgn pedati; 2. convey laboriously from place to place, mengangkut: I m tired of ~ing these books, saya bosan mengangkut buku-buku ini;

  • ~ /so., st/ off

    mengangkut: to ~ off the rubbish, mengangkut sampah-sarap; to ~ off the prisoners to jail, mengangkut orang-orang tahanan ke penjara.
Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah istilah ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.
Istilah14.12.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bosan