Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah padanan Melayu bagi cloth bolt? Saya temukan perkataan ding di entri Kamus Inggeris-Melayu Dewan, di entri kedua bagi bolt dalam erti ketujuh: roll of woven fabric, wallpaper, etc, ding: a ~ of silk, sending kain sutera;. Tetapi di contoh ayat pada erti (sense) ketujuh entri tersebut menggunakan perkataan sending. Saya turut membuat carian ding di PRPM namun, apabila saya menyertakan perkataan kain dalam carian, hasilnya tidak menunjukkan maksud bagi cloth bolt atau bolt of cloth tersebut. | Saya merujuk kepada data PRPM bagi kata bolt dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan dapatan carian saya adalah seperti yang berikut, iaitu: bolt2 n 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak; 2. metal bar or rod in lock, kancing; 3. fastening rod or screw to take a nut, bolt; 4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing; 5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a bolt of silk, segulung kain sutera; Kemungkinan ada masalah teknikal sewaktu tuan/puan membuat carian tersebut. Adakah yang sebenarnya tuan/puan maksudkan ialah 'a bolt of cloth'? Jika ya, maka padanannya ialah 'segulung kain'. Berdasarkan kamus Collins English Dictionary dalam talian, a bolt of cloth is a long wide piece of it that is wound into a roll round a piece of cardboard.
| Makna | 17.12.2023 |
Adakah bol dan bolt dua benda berbeza? Kerana mengikut terjemahan, bol untuk mengetatkan sesuatu, sementara bolt untuk mencamtunkan dua benda, jadi, adakah itu bermakna ia dua benda berbeza? | Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. | Istilah | 04.01.2018 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Cattle Kick Stop 2. Cow Hobble 3. Cattle Cable Spiker 4. Cattle Captive Bolt stunner 5. Cattle Humane Slaughter Equipment 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) 7. Wool Roving Machine | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Cattle Kick Stop - Penahan Tendangan Lembu 2. Cow Hobble - Sengkela Lembu 3. Cattle Cable Spiker - Pepaku Kabel Lembu 4. Cattle Captive Bolt Stunner – Pemegun Bolt Kurungan Lembu 5. Cattle Humane Slaughter Equipment – Peralatan Penyembelihan Berperikemanusiaan untuk Lembu 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) – Mesin Sisir Kasar Bulu Bebiri 7. Wool Roving Machine – Mesin Pintal Kasar Bulu Bebiri | Istilah | 10.03.2016 |
saya memerlukan khidmat menterjemah rencana ini dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Saya ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Most people know that the theory of evolution did not appear amongst us like a bolt from blue with the publication of Charles Darwins The Origin Of Species in 1859. But not many people are aware that the idea has been around in various forms for at least two and a half thousands years. Like us, the ancient Greeks failed to agree about the origins of life. Their cosmologies were profoundly different from our own. There were no heresy laws or inquisitions to fear or a dominant creation story to side-step. Ancient Greek cosmologies were wildly variant : some believed that life had been shaped by gods ; others that had come into being through atoms colliding chaotically. Empedocles poet, healer, magician and controller of storms as well as a philosopher produced a surreal foreshadowing of natural selection two and a half thousand years ago on the island that we now call Sicily. He proposed that life had started out as random body parts eyes, necks, arms, teeth suspended in primeval soup. Collisions had produced random combinations men with the heads of cattle ; animals with brances for limbs. Some of these combinations had proved viable, others not. | DBP hanya memyediakan kdimat penyemakan penterjemahan. Puan boleh menghantar rencana berkenaan dalam bahasa Melayu dan kami akan membantu menyemak terjemahan puan. | Lain-lain | 30.01.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolt |
|
|