Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Ensiklopedia ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
bagaimana ingin memohon peluang pekerjaan di DBP?

Isikan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh diperolehi di Dewan bahasa dan Pustaka atau dimuat turun melalui laman web :http://www.dbp.gov.my. Sertakan juga permohonan anda dengan dokumen yang berkaitan yang dapat menyokong permohonan tersebut.

Lain-lain19.01.2008
Assaalamualaikum... Bagaimana untuk mendapatkan borang biasiswa DBP. dan apakah syarat-syarat untuk memohon biasiswa tersebut? Bilakah borang akan dikeluarkan?Borang biasiswa DBP boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Tingkat 7 Menara DBP.Iklan biasiswa akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan sekitar bulan Mei/Jun 2008.Syarat-syarat tawaran ialah telah mendapat tempat untuk ijazah pertama dalam bidang bahasa/sastera/penerbitan di IPT tempatan dan lulus dengan cemerlang dalam STPM.  Lain-lain10.03.2008
Salam sejahtera, Bagaimanakah kaedah untuk saya perolehi ebook yang bertajuk Atlas Budaya Islam? Saya lampirkan informasi berkaitan ebook tersebut.Salam sejahtera, Untuk maklumam, carian dan pembelian buku secara e-Book DBP boleh diperolehi melalui aplikasi e-Sentral. Sekian, terima kasih.Lain-lain08.04.2020
di manakah boleh saya rujuk tentang kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu?Selain di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi DBP, hal-hal demikian boleh diperolehi melalui buku-buku terbitan DBP atau penerbit lain yang berada di pasaran. Sekian.Lain-lain12.02.2009
1. Ingin mengetahui kaedah paling pantas mengetahui terjemahan isitilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2. Didapati Kamus Dewan tidak mengandungi isitlah terkini. Dimanakah rujukan isitilah bahasa Melayu terkini boleh diperolehi?Saudara boleh menggunakan lawan sesawang DBP untuk mendapatkan padanan istilah yang dikehendaki dengan segera, sila layari www.prpm.dbp.gov.my, di ruang carian kata taipkan istilah yang hendak dicari dan saudara akan memperoleh data bukan sahaja daripada istilah tetapi dari kamus, artikel, buku, ensiklopedia, peribahasa dan sebagainya.Lain-lain10.11.2010
Salam sejahtera Tuan, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan perkhidmatan yang boleh diperolehi dari DBP. Bolehkan DBP memberi perkhidmatan proofreading atau pembetulan terhadap struktur bahasa dan ejaan bagi thesis PHD yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Sekiranya boleh, mohon pihak tuan maklumkan bagaimana saya boleh berbuat demikian. Terima Kasih dan salam hormat HARISUNDAR RAJOO TLDM LUMUTUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak pruf karya luar, kecuali karya terbitan DBP.Lain-lain04.10.2016
Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang Hamzah Fansuri dan sumbangannya terhadap dunia sasteraLatar belakang Hamzah Fansuri boleh dirujuk pada buku Kesusasteraan Melayu Trdisional terbitan DPP, 1993, bab 9, m/surat 393 hingga 445. Buku boleh diperolehi di Pusat Dokumentasi Melayu DBP, Kedai Koperasi DBP atau di mana-man perpustakaan negeriLain-lain03.08.2007
1. apakah pandangan dbp terhadap perkembangan bahasa (code switching) iaitu bm ke bi dan sebaliknya. 2. sejauhmanakah pengaruh bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu dan apakah kesan2nya. 3. sekiranya saya ingin tahu lebih lanjut tentang hal di atas siapakah pegawai dbp yg boleh dihubungi atau dari mana sumber rujukan boleh diperolehi

Saudara,

'Code switching' biasanya berlaku secara spontan dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa yang menguasai dua bahasa atau lebih.  Dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sempurna tidak seharusnya berlaku 'code switching'. Untuk maklumat lanjut saudara perlu membuat kajian dan rujukan kepustakaan  tentang perkara ini di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui alamat khidmat1@dbp.gov.my.

     

Lain-lain14.10.2009
assalamualaikum saya masih keliru tentang ekstralinguistik. Boleh tuan berikan contoh?
Konteks ekstralinguistik ialah konteks yang bukan berupa unsur-unsur bahasa. Konteks ekstralinguistik itu mencakup praanggapan, pelaku (orang yang terlibat dalam peristiwa komunikasi berbahasa termasuklah penutur dan pendengar), topik, latar (tempat, waktu dan peristiwa komunikasi), saluran (ragam bahasa dan sarana yang digunakan dalam penggunaan wacana) dan kod (bahasa yang digunakan dalam wacana). Untuk maklumat lanjut rujuk buku/makalah yang berkaitan, antaranya  Unsur-unsur Ekstralinguistik dalam Pemelajaran Bahasa, Noor Aina Dani, Pelita Bahasa, Jun 1988. Bahan tersebut boleh diperolehi dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.  Di Pusat Dokumentasi Melayu banyak terdapat bahan rujukan tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat  lanjut. Untuk makluman, DBP pernah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak, Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Seminar Antarabangsa Linguistik dan pelbagai seminar lagi yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik. Selain itu, sdr. juga  boleh berbincang untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pensyarah yang mengajarkan bidang ini.   
Lain-lain04.11.2010
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'di mana', 'yang mana' dan 'diperolehi' dalam penulisan ayat Bahasa Malaysia. Adakah boleh digunakan perkataan tersebut? Contoh ayat "...kemahiran dan kecekapan di mana kelayakan yang diperolehi pada lazimnya..." Terima kasih.Kata 'di mana' hanya sesuai  digunakan sebagai kata tanya, contoh : Di mana awak tinggal?. Ejaan yang betul ialah diperoleh. Merujuk kepada contoh ayat yang diberikan : ... kemahiran dan kecekapan di mana kelayakan yang diperolehi pada lazimnya ... adalah salah. Cadangan kami ialah ... kemahiran dan kecekapan yang diperoleh pada lazimnya ... . Tatabahasa16.06.2009
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh diperolehi