Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Setiap pilihan jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali atau Setiap jawapan pilihan boleh digunakan lebih daripada sekali. | Ayat yang betul ialah Setiap pilihan jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali. | Lain-lain | 11.11.2020 |
Adakah 'ia' boleh digunakan sebagai ganti nama bagi tenaga, contohnya tenaga haba? | Perkataan ia merujuk kepada dia yang merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk orang, benda atau perkara. Oleh itu, ia boleh digunakan bagi merujuk tenaga haba. | Tatabahasa | 19.12.2020 |
bolehkah memulakan satu ayat dengan menggunakan perkataan "tetapi"? selain daripada perkataan "namun begitu" apakah perkataan lain yang boleh digunakan? | Menurut data kami perkataan tetapi tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Perkataan lain yang boleh digunakan sebagai kata penghubung tentangan bagi permulaan ayat ialah walau bagaimanapun. | Tatabahasa | 17.07.2020 |
adakah perkataan Islamiyyah boleh digunakan dalam ejaan bahasa Melayu? | Ejaan Islamiyyah tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah islamiah. | Lain-lain | 03.01.2022 |
Adakah istilah PERMUA boleh digunakan yang merujuk kepada permainan mudah alih? | Istilah PERMUA tidak boleh digunakan sebagai kependekan untuk merujuk kepada permainan mudah alih. | Istilah | 07.04.2022 |
Saya ingin bertanya, adakah penggunaan perkataan 'suplemen' boleh digunakan atau masih mengekalkan makanan tambahan? | Perkataan "suplemen" boleh digunakan. | Makna | 24.01.2022 |
Adakah kan dan pun boleh digunakan di hujung ayat secara bersendirian? | Penggunaan kan boleh digunakan di hujung ayat secara bersendirian biasanya dijumpai dalam penulisan kreatif seperti di dalam novel atau penggunaan dalam dialog (bahasa percakapan), manakala perkataan pun dijumpai bersendirian apabila membawa sesuatu maksud, hendaklah dijarakkan seperti dia pun, begitu pun, sesiapa pun dan lain-lain. | Tatabahasa | 11.06.2020 |
contoh ayat untuk perkataan Adipati. Dan adakah ianya boleh digunakan di sekolah? terima kasih | Perkataan adipati bermaksud raja atau kepala daerah dalam bahasa Jawa. Perkataan tersebut boleh digunakan sekiranya ia berkaitan dengan budaya Jawa atau Indonesia sahaja. | Makna | 03.03.2022 |
Saya nak tanya, 1.adakah perkataan 'Artisan' boleh digunakan dalam karangan atau penulisan formal dalam bahasa melayu? 2. Adakah perkataan "Artisan" telah termaktub sebagai bahasa melayu? | Perkataan artisan boleh digunakan dalam penulisan yang bermaksud pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan atau pertukangan. | Lain-lain | 20.09.2021 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah Dia boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan? Contohnya, He is the almighty god. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa. | Kata ganti nama "Dia" boleh digunakan untuk merujuk Tuhan. | Istilah | 28.06.2021 |