Kata |
Takrif |
Sumber |
hilang akal | a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang akal (ingatan, kira-kira) | tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang I | 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan berlanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, berpanjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan memanjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis-habis | 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sehabis-habis | 1. hingga tidak tinggal (bersisa) sedikit pun, kesemuanya: jikalau dikhabarkan dgn ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling, sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemas I | tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll), sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran tidak dapat berfikir, bingung; melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia; kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~; pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara ada 78%), nitrogen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panik | cemas, takut, bimbang dsb yg tiba-tiba hingga tidak dpt berfikir dgn tenang: Kita tidak boleh ~ apabila berlaku kemalangan. kepanikan rasa panik: Kebakaran itu telah menimbulkan ~ di kalangan penduduk di situ. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sarkastik | bersifat menyindir (dgn kata yg tajam, pedas) yg boleh menyakitkan hati seseorang: kata-katanya yg sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ada | 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
stupefy | vt 1. make torpid, (act.) menjadikan [sso] tdk boleh berfikir; (pass.), [sso] menjadi tdk boleh berfikir: the drug stupefies the minds of its users, dadah menjadikan pengguna-penggunanya tdk boleh berfikir; I was stupefied with tiredness, saya menjadi tdk boleh berfikir krn keletihan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stupefaction | n 1. state in which clear thought is impossible, keadaan tdk boleh berfikir: his ~ was due to strain and fatigue, keadaannya yg tdk boleh berfikir disebabkan oleh tekanan dan kelesuan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
spoon-feed | 2. (fig. & derog) spoil, terlalu memanjakan: when pupils are spoon-fed they wont be able to think for themselves, jika murid-murid terlalu dimanjakan mereka tdk boleh berfikir utk diri sendiri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
proportion | get st out of ~, membesar-besarkan sst: its a simple issue. Dont get it out of ~, hal itu kecil saja. Janganlah dibesar-besarkan; in ~, seimbang: if only he could see things in ~, he would not be so worried, kalaulah dia boleh berfikir seimbang, dia tdk begitu risau; in the ~ of, dgn kadar: the spray is mixed in the ~ of 1 litre of chemical to 6 litres of water, bahan semburan itu dicampur dgn kadar 1 liter bahan kimia dgn 6 liter air; in ~ to, in relation to, berbanding dgn: the second act is long in ~ to the play as a whole, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
without | 4. (used with -ing forms) tanpa: one cannot hope to achieve success ~ working hard, seseorang tdk dapat mengharapkan kejayaan tanpa bekerja keras; you cant make an omelette ~ breaking eggs, kamu tdk boleh memasak telur dadar tanpa memecahkan telur; he obviously acted ~ thinking, memang ketara dia bertindak tanpa berfikir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
animal fantasy | fantasi binatang | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang boleh berfikir dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang. |
hallucinogen | halusinogen | Perubatan | Tiada | Ubat yang menghasilkan gangguan mental seperti halusinasi, ilusi dan gangguan persepsi yang merupakan tanda-tanda psikosis. Penggunaan ubat ini akan menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan berfikir dan boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain. Contoh ubat halusinogen termasuklah Lysergic acid dietrhylamide (LSD) dan methyleneoxymetamphetamine (Ectacy, MDMA). Biasanya, remaja mengambil ubat ini sebagai pil khayal. |
innovative thinking | pemikiran inovatif | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai berfikir di luar kotak. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju. |
strategic thinking | pemikiran strategik | Pengurusan | Perancangan | Cara seseorang berfikir untuk merancang kejayaan masa hadapan organisasi dengan mengambil kira faktor pengalaman lalu dan menganalisis persekitaran dan cabaran semasa. Pemikiran strategik boleh membantu pemimpin organisasi membuat keputusan secara tuntas dan berkesan bagi memastikan kejayaan organisasi dalam jangka masa panjang. Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang berfikiran strategik untuk melabur dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi supaya lebih berdaya saing. |
behaviour theory | teori tingkah laku | Pentadbiran | Tiada | Pendekatan yang melihat sesuatu organisasi atau masyarakat memiliki pola tingkah laku yang boleh diperhati dan dianalisis secara saintifik. Teori ini menolak kajian yang memberi tumpuan kepada sesuatu institusi atau organisasi secara normatif. Teori ini menekankan bahawa masyarakat atau organisasi adalah umpama manusia yang boleh berperilaku atau berfikir secara kolektif. Pola perlakuan ini boleh dikaji dengan menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan pandangan individu dan seterusnya boleh diteliti, dikawal, dijangka atau diramal perkembangannya. |
groupthink | fikir kelompok | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan yang tinggi untuk berfikir secara serupa dan mengenepikan perbezaan. Menurut Janis (1982, 1989), fikir kelompok berlaku apabila satu-satu kelompok memerlukan perakuran yang tinggi sehingga menjejaskan ahli-ahlinya untuk membuat satu kesimpulan yang bijaksana. Terdapat beberapa gejala yang boleh muncul daripada fenomena fikir kelompok ini. Pertama, wujudnya ilusi kekebalan yang menyebabkan kelompok merasakan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan 100% dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua, penapisan diri yang membuatkan individu yang berbeza pendapat mendiamkan diri untuk mengelakkan dirinya dianggap sebagai kaki gaduh, penentang arus atau ditertawakan. Ketiga, tekanan yang dikenakan terhadap pembangkang membuatkan ahlinya terpaksa mengikut arus. Tindakan ketua atau ahli kelompok yang melemahkan semangat untuk membangkang boleh mewujudkan ilusi konsensus. |
risk based thinking | pemikiran berasaskan risiko | Pengurusan | Perancangan | Suatu cara berfikir tentang kesan daripada keputusan atau tindakan yang diambil, yang mungkin akan menjejaskan operasi organisasi. Risiko bermakna sesuatu kemungkinan yang akan berlaku dan memberikan kesan negatif atau bencana kepada organisasi. Pemikiran berasaskan risiko diperlukan supaya pembuat keputusan akan lebih bersedia untuk mengatasi masalah sekiranya menghadapi situasi yang boleh memudaratkan organisasi. Contohnya, sebuah bank perdagangan yang merancang untuk memastikan langkah perlindungan dan pemulihan dilaksanakan bagi menyelamatkan operasi perniagaaan sekiranya berlaku bencana seperti banjir besar. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: Gajah putih di tengah rumah (jawapannya kelambu) Manis di mulut masam di rambut (jawapannya: gula-gula getah) Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput |
metaphorical solution | penyelesaian kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan. |
Kamus Parsi.indb 11 9:02 A فارسى-مالايى-انگليسى Kamus Parsi.indb 9 5/18/11 9:02 A Kamus Parsi.indb 10 5/18/11 9:02 AM 3 آ air boleh didiami, makmur kampung banyak jusnya kehormatan akuatik, berair hamil air terjun jus iklim, hawa biru mengairi kondominium apendisitis water cultivated village juicy honour aquatic pregnant waterfall juice climate blue to tovālet( تلاوت ندوب رداق ،نتسناوت )tavānestan, ghāder būdan( )tavāngar, ghanī, dārā( اراد ،ینغ ،رگناوت tamat setem latihan senaman, berlatih buaya bersih cepat, laju tembakau malas tenis kamu, awak, anda tandas boleh, mampu kaya finish stamp exercise to exercise crocodile clean quick tobacco lazy tennis you toilet can, to be able rich اراد ،ینغ ،رگناوت مامت Kamus Parsi.indb 42 5/18
|
Kamus Sains.indb output pada peta ingatan sistem. (KOM) absolute entropy (entropi mutlak) Keadaan kuantum terendah, iaitu hanya terdapat satu cara sahaja zarah tersu- sun dan kebarangkalian termodinamik = 1. Oleh itu, perubahan entropi ∆ boleh dijelaskan oleh persamaan Boltzmann. (KEJ) abortifacient absolute entropy Kamus Sains.indb 3 7/8/08 11:44:12 AM 4 absolute space-time (ruang waktu mutlak) Penyatuan mutlak dimensi waktu yang perlu diserap dengan baik. (FIZ, KEJ) absolute space-time absorbent absorber abstract number Kamus Sains.indb 4 7/8/08 11:44:42 AM 5 absorber (penyerap) Medium yang boleh menyerap tenaga atau jirim. (FIZ) absorptiometric analysis (analisis absorpsiometrik) Kaedah dalam analisis kimia yang berdasarkan pengukuran puncak panjang gelombang penyerapan sinaran elektromagnet yang berbeza bagi unsur atau bahan yang tertentu
|
Kamus Thai 2.indb juga. หรือ Kalau kamu pergi, saya pun akan pergi. ก็ดี [-di:] ว pun baik juga: คุณอธิบาย เสียหน ่ อยก็ดี Anda terangkan sedikit pun baik juga. ก็ได ้ [-dai] ว pun boleh: น ั ่งเก ้ าอี้ ต ั ว ไหนก็ได ้ Duduk di kerusi mana-mana pun boleh. กก 1 [kok] น menderung: ชาวบ ้ านปลูกต ้ น กกเพื่ อป ้ องก ั นตลิ่ งพ ั ง Penduduk kampung menanam pokok menderung supaya tebing sungai tidak runtuh. กก
|
Kamus Thai 2.indb องใด เรื่ องหนึ่ ง Kita harus mempertimbang- kan dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan. 2 masak-masak: เขาต ้ องคิดให ้ รอบคอบก ่ อนแต ่ งงาน Dia mesti berfikir masak-masak sebelum berkahwin. รอบรู ้ [-r:pru:] ว arif: คุณสนธิเป็นคนรอบรู ้ Encik Sonthi seorang yang arif. รอมชอม [r:mc:m] ก bertolak ansur: ทั้ งสองฝ ่ ายพร ้ อมที่ ้ อง จ ่ ายค ่ าเช ่ าล ่ วงหน ้ าสามเดือน Saya perlu membayar sewa tiga bulan terlebih dahulu. คุณออกเดินทางล ่ วงหน ้ าไปก ่ อน ฉันจะตามไปทีหลัง Awak boleh bertolak terlebih dahulu, saya akan menyusul kemudian. ล ้ วง [lua] ก menyeluk: ลุงดำล ้ วงรูปลาช ่ อน Pak Cik Dam menyeluk lubang ikan haruan. ล ้ วงกระเป ๋ า |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh berfikir |
|
|