Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat-ayat yang berikut yg mana betul? Imbuhan ber..an 1 I Bintang-bintang berkelipan (Jamak) II Bintang-bintang berkelip (Jamak) III Bintang berkelipan (Jamak) Iv Bintang berkelip (Tunggal) 2 I Burung-burung bertebangan (Jamak) II Birung-burung bertebang (Jamak) III Burung bertebangan (Jamak) IV Burung bertebang (Tunggal) | Ayat yang betul ialah: Bintang-bintang berkelipan. Burung-burung bertebangan. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
bintang-bintang berkerdip atau bintang berkerdip-kerdipan | Frasa yang betul ialah "bintang-bintang berkerdipan". | Tatabahasa | 06.07.2011 |
bintang-bintang berkerdipan di langit atau bintang berkerdipan di langit. | bintang berkerdipan di langit (perkataan bintang sudah membawa makna jamak) | Tatabahasa | 06.07.2011 |
bintang -bintang berkerlipan atau berkerdipan | Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan". | Tatabahasa | 16.07.2013 |
bintang-bintang berkerdipan... tuan, adakah ayat ini salah? | Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan". | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayat | Ejaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 22.09.2014 |
Ayat yang berikut adalah salah : Burung-burung berguguran. bagaimanakah dengan ayat-ayat yang berikut: i) bintang-bintang berkerlipan ii) bendera-bendera berkibaran iii) monyet-monyet bergayutan | Frasa yang betul ialah daun berguguran, bintang berkerlipan, bendera berkibaran dan monyet bergayutan. Hal ini demikian kerana penggunaan apitan beR-...-an menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu, kata nama yang mendahului perbuatan tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 06.09.2012 |
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang betul untuk bintang (jika banyak disebut gugus, namun bagaimana pula jika cuma satu bintang?) Saya sedang menulis cerita rakyat: Matahari dan Bulan merupakan pasangan suami isteri. Mereka dikurniai banyak cahaya mata, iaitu bintang-bintang ......... Namun apabila pulang, Bulan mendapati Matahari telah mengingkari perintahnya. Akibatnya, beberapa __________ anaknya telah mati dijilat api. Terima kasih. | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Sungguhpun begitu, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan. Akan tetapi, lazimnya untuk merujuk satu bintang digunakan penjodoh bilang sebutir, iaitu sebutir bintang. | Tatabahasa | 29.12.2015 |
duo bintang @ dua bintang -hiburan tapi berduet/ berdua | cadangan-serangkai bintang | Istilah | 30.12.2008 |
merujuk soalan 106, saya berpendapat bahawa ayat' sampah bertaburan' betul , sebaliknya ayat' sampah sarap bertaburan' kurang tepat kerana ' bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, subjeknya lebih sesuai jika 'sampah' .Keadaan ini samalah dengan ayat' bintang bertaburan di langit' adalah betul dan bukannya' bintang-bintang bertaburan di langit'. Minta berikan pandangan, terima kasih. | Encik Wong, Sampah bermaksud benda-benda yang terbuang, kotoran. Sarap bermaksud sampah. Sampah sarap pula bermaksud berbagai-bagai sampah atau bermacam-macam sampah, iaitu merujuk jenis sampah. Oleh itu, frasa sampah sarap bertaburan boleh diterima. | Tatabahasa | 14.05.2010 |