Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Yang mana satu penggunaan frasa yang betul? Tapak binaan atau tapak pembinaan?Mengapa?Tapak binaan kerana binaan ialah sesuatu yang dibina, manakala pembinaan ialah proses atau perihal membina.Tatabahasa31.07.2012
binaan ayat tunggal?Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420.Tatabahasa12.02.2007
1. Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman setiap tahun? Berapa peratuskah purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada? minta disemak tatabahasa soalan diatas samada susunatur ayat betul/tidakAyat yang gramatis ialah Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman pada setiap tahun? Berapakah peratus purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada?Tatabahasa09.01.2013
apa maksud proses penerbitan ayat? nyatakan contoh supaya mudah difahamiSetiap pembentukan ayat dalam bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai unsur atau konstituen. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 11: Sintaksis: Satu Pengenalan.Tatabahasa21.04.2009
Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai tapak binaan/tapak pembinaan. -Dalam maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan pada 31/7/2012, pihak tuan mengatakan frasa "tapak binaan" yang betul tetapi maklum balas yang pihak tuan berikan pada soalan yang sama saya kemukan bertarikh 15/8/2012 mengatakan frasa "tapak pembinaan" yang betul. -Untuk kepastian sekali lagi, mana satu frasa yang betul?"Tapak binaan" atau "tapak pembinaan"?Terangkan perbezaan kedua-duanya sekali lagi agar saya tidak keliru lagi.Frasa yang betul ialah tapak binaan dan frasa ini telah terakam dalam Kamus Dewan, lihat binaan&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+binaan&d=1 untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa27.08.2012
bagaimana binaan format surat rasmi terbaharu?

Sdr. Awan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacaPenulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.na), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap.

Penulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain06.04.2009
Minta huraikan binaan ayat berikut; Putih bajunya. Terima kasih.


"Putih" ialah kata adjektif (kata sifat) baju menerangkan warna baju yang dipakai oleh "nya".
Manakala "bajunya" menerangkan kata "baju" iaitu kata nama .








Makna31.03.2013
Kemusykilan tentang binaan ayat-ayat yang berikut. Yang mana satu betul 1. Mereka saling bersalam-salaman sebelum berpisah 2. Mereka bersalaman sebelum berpisah 3. Mereka saling bersalam sebelum berpisahAyat yang betul ialah ayat 2. Sila rujuk Kamus dewan Ediis Keempat untuk keterangan lanjut. Tatabahasa25.10.2010
Apakah perbezaan binaan Frasa Kerja tanpa objek dengan Frasa Kerja dengan objek.Contoh frasa kerja tanpa objek ialah Ali sedang tidur, manakala frasa kerja dengan objek ialah Saya menjawab surat itu. Untuk keterangan lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 385.Tatabahasa20.11.2009
Adakah betul binaan ayat di bawah? Ramai orang datang dari jauh dan dari dekat ke pameran itu dari semasa ke semasa.

Saudara Nuraskh,

Ayat yang betul ialah 'Ramai orang datang dari jauh dan dekat ke pameran itu dari semasa ke semasa.

Tatabahasa13.07.2009
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binaan