Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Walaupun beduk sudah berbunyi, Kerana bimbang berjalan juga; Walaupun teruk dibelasah bini, Kerana sayang ditahankan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jika menyukat tidak pandai, Orang membeli merasa bimbang; Jika adat tidak dipakai, Saban hari sengketa datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah cukup membawa bekal, Kemana pergi tidakkan bimbang; Kalaulah hidup sempurna akal, Laba dan rugi tidakkan goyang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kain selendang kesumba murup, Mari diikat rotan saga; Hati bimbang jangan diturut, Biar ditantang jangan diaga.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Air pasang singgahlah dulu, Dapatlah berhenti di pulau karang; Hatiku bimbang bertambah pilu, Ingat kekasih di rantau orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Membawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila hari diambang petang, Jangan lupa menyiapkan suluh; Apabila hati sedang bimbang, Jangan dibawa berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang

Puisi
 

Apa bunyi berderang-derang,
     Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
     Sedikit yang betul banyak yang kurang.



Lihat selanjutnya...