Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang penggunaan perkataan dalam bahasa Malaysia bagi kipas bilah tiga, kipas bilah empat dan kipas bilah lima. Adakah perkataan tersebut betul dalam istilah bahasa Malaysia? Sekian, terima kasih. | Ya, betul. Kipas bilah tiga, kipas bilah empat dan kipas bilah lima. | Istilah | 06.08.2018 |
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya manakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan bagi istilah 'propeller' di dron? Adakah baling-baling lebih tepat digunakan atau kincir udara lebih tepat? Apa beza antara keduanya? Terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud propeller ialah "kipas atau baling-baling". Maksud "kipas" ialah angin alat yg mempunyai bilah-bilah yang berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dan lain-lain terasa nyaman) manakala "baling-baling atau bebaling" bermaksud alat yang rupanya seperti kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang. Dalam bidang kejuruteraan kapal terbang, perkataan bebaling banyak digunakan. | Makna | 12.06.2022 |
Bolehkah bilah digunakan untuk penjodoh bilangan bagi paku | Saudara, Penjodoh bilangan untuk paku ialah batang bukan bilah. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Salam. Tuan, bolehkah berikan sebab mengapa penjodoh bilangan bagi tombak ialah batang, bukannya bilah. Dalam jawapan pihak tuan sebelum ini, konsistennya batang. Ramai di luar sana dan dalam kebanyakkan buku penjodoh bilangan yang mengatakan bilah sebagai penjodoh bilangan bagi tombak. Mohon jasa baik pihak tuan menjelaskan kekeliruan ini. | Penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi tombak ialah batang. Hal ini disebab batang merujuk kepada penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah pula digunakan untuk penjodoh bilangan bagi benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
1. BOLEHKAN PIHAK TUAN MEMBERIKAN PANDUAN UNTUK MENGGUNAKAN IMBUHAN KATA KERJA MEN... DAN MEN..KAN CONTOHNYA PERKATAAN JALIN. MANAKAH YANG BETUL SAMA ADA MENJALIN HUBUNGAN ATAU MENJALINKAN HUBUNGAN? HARAP MENDAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN. SEKIAN, TERIMA KASIH | Sdr. Asiyana, sila perhatikan makna perkataan ini bagi menjawab pertanyaan sdr. Terima Kasih. menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan; | Tatabahasa | 05.12.2007 |
se______ gunting a. pasang b. bilah terima kasih | Jawapannya ialah sebilah gunting | Tatabahasa | 17.07.2019 |
Apakah penjodoh bilangan untuk jarum? Bilah, pucuk, batang? Harap dapat jelaskan. | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang jarum. | Tatabahasa | 02.11.2011 |
Apa penjodoh bilangan untuk tombak? Bilah atau batang. | Penjodoh bilangan untuk tombak ialah sebatang. | Istilah | 17.08.2009 |
Apakah penjodoh bilangan bagi jarum ? bentuk, bilah, pucuk, batang, manakah yang tepat atau keempat-empat pun boleh ? | Penjodoh bilangan untuk jarum ialah batang. (sebatang jarum) | Tatabahasa | 15.07.2014 |
1. Bagi jarum, penjodoh bilangan ialah pucuk atau bilah atau lain daripada ini ? 2. Pustakawan sedang menyusun buku. atau Pustakawan sedang menyusun buku-buku. Manakah satu ayat yang betul? | 1. Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang. 2. Pustakawan sedang menyusun buku. | Lain-lain | 09.08.2010 |