Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
microfluidicsBidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair.
nanotoxicologyBidang yang berkaitan dengan keupayaan manusia dan pendedahan persekitaran, bahaya dan risiko yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan bahan nanostruktur.
nanopiezotronicsBidang yang mengkaji gabungan kesan piezoelektrik dan sifat semikonduktor nanowayar dan nanojalur untuk mereka bentuk dan pemfabrikasian peranti elektronik dan komponen seperti transistor kesan medan dan diod.
nanoethicsBidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang.
cognotechnologyBidang teknologi terkini yang digunakan untuk kognitif domain hasil daripada gabungan antara nanoteknologi, bioteknologi dan teknologi maklumat. Contohnya, penggunaan nanoteknologi dalam implan otak untuk membolehkan otak yang rosak berfungsi secara normal.
photonicsBidang sains yang melibatkan penjanaan, pengawalan dan pengesanan foton terutamanya dalam kawasan spektrum sinar tampak dan inframerah. Contohnya, pengesanan cahaya, sistem telekomunikasi optik gentian, pemprosesan maklumat, holografi dan perubatan seperti endoskopi.
quantum computingBidang ilmu yang menumpu kepada pembinaan teknologi komputer yang berasaskan prinsip teori kuantum. Teknologi ini mempunyai kelebihan kuasa pemprosesan yang tinggi melalui keupayaan untuk berada dalam keadaan kuantum berbilang dan melaksanakan pengoperasian menggunakan kebarangkalian pilih atur secara serentak.
molecular electronicsBidang yang mengkaji penggunaan bahan molekul organik atau polimer secara sistematik untuk pemfabrikasian peranti elektronik. Contohnya, pengaplikasian dalam diod pemancar cahaya polimer, sensor polimer konduktif dan plastik piroelektrik.
nanoscale biostructureBidang ilmu yang mengkaji struktur yang direka bentuk pada skala nano yang dapat mengajuk, memberikan kesan kepada proses biologi atau berinteraksi dengan entiti biologi. Contohnya, susunan nanostruktur tulang buatan.
silicon electronicsBidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidang

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;



Lihat selanjutnya...