Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Perbezaan Kajian Lepas (Sorotan Kajian) dan Kosa Ilmu? | Kedua-dua frasa mempunyai maksud yang hampir sama iaitu hasil penulisan pengkaji-pengkaji terdahulu dalam bidang-bidang kajian mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut, tuan perlu mendapatkannya daripada pakar atau penyelidik. | Makna | 06.04.2021 |
Saya ingin bertanya, ejaan untuk bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologii dan sebagainya, perlu menggunakan huruf besar pada permulaan perkataan? Contoh bidang Anatomi atau bidang anatomi? | Nama khas bidang ilmu ditulis dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologi. | Ejaan | 21.09.2022 |
Bagaimanakah sesebuah bahasa itu dapat dikembangkan melalui penggunaan bahasa melayu moden? | Sesebuah bahasa boleh dikembangkan melalui proses pemupukan bahasa yang bererti menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya istilah dalam bidang-bidang teknikal. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran, sains angkasa lepas, kehakiman dan sebagainya juga membantu memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa. | Lain-lain | 24.08.2023 |
Marshaller atau aircraft marshaller merupakan individu yang bertanggungjawap bagi memandu pergerakan kapal terbang di landasan. Boleh saya tahu apakah perkataan "Marshaller/aircraft marshaller" dalam Bahasa Melayu untuk saya gunakan? | Dalam bidang sukan marshall diterjemahkan kepada marsyal atau pengawas. Marshall dan marshaller merujuk perkara yang sama, namun penggunaannya berbeza mengikut bidang. Bidang ketenteraan menggunakan marshaller. Oleh itu, kami mencadangkan istilah marsyal atau pengawas digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2019 |
Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka ()mementingkan pencapaian dalam bidang akademik, () dalam bidang ko-kurikulum Asama ada....ataupun Bsungguhpun...tetapi Cbagaimana...begitulah Dbukan sahja...tetapi mana satu yang betul Terima kasih | Jawapan yang betul ialah D. bukan sahaja … tetapi Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 22.03.2022 |
Mana ayat yang betul? antaranya yang berkaitan bidang kuasa negeri ATAU antaranya berkaitan bidang kuasa negeri ...penggunaan perkataan "yang". mohon penjelasan terima kasih | Jawapan yang betul ialah "... antaranya yang berkaitan dengan bidang kuasa negeri ..." | Lain-lain | 22.05.2022 |
Apakah definisi bagi istilah atau bidang 'falsafah bahasa'. Adakah DBP mempunyai pangkalan definisi daripada pengkaji-pengkaji saintifik yang pernah mendefinisikan bidang ini melalui penyelidikan. | Mengikut bidang linguistik, "falsafah bahasa" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "philosophy of language". Sekiranya pihak saudara/saudari ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan "falsafah bahasa" tersebut, saudara/saudari bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka melalui sistem Katalog Awam dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/. Berdasarkan semakan kami menggunakan Sistem KAWAT, terdapat banyak bahan rujukan berkaitan dengan “falsafah bahasa” di Pusat Dokumentasi Melayu. | Tatabahasa | 02.05.2022 |
Apakah istilah yang sesuai untuk accessibility rate dlam bidang Geografi? darjah ketersampaian atau kadar ketersampaian? | Kami mencadangkan istilah "accessibility rate" dalam bidang Geografi diterjemahkan sebagai "kadar ketersampaian, kadar ketercapaian atau kadar kemudahan". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
| Istilah | 05.03.2021 |
Dalam bidang psikologi, istilah flourishing digunakan untuk merujuk kepada kesejahteraan psikologikal dalam aspek perhubungan, penghargaan kendiri, tujuan hidup dan optimisma. Sesuaikan flourishing diterjemah sebagai kemekaran? https://eddiener.com/scales/9 | Flourishing tidak sesuai diterjemah sebagai kemekaran dari segi konteks ayat yang telah diberikan. Cadangan padanan perkataan yang sesuai ialah pertumbuhan. | Lain-lain | 28.10.2020 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah Drop Point, Drop Zone dan Drop Off? | Istilah "drop point" boleh diterjemahkan sebagai "takat titis" (bidang Kejuruteraan) manakala "drop zone" diterjemahkan sebagai "zon jatuh" (bidang Aeroangkasa) atau "zon jatuhan" (bidang Sukan). Kami mencadangkan istilah "drop off" diterjemahkan sebagai "merosot", "berkurangan" atau "serahan", bergantung pada konsep dan konteks penggunaan istilah tersebut. | Istilah | 04.10.2020 |