Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Biarpun makan belum kenyang, Jangan meminta nasi tetangga; Biarpun badan belum senang, Jangan dicuba mengambil muka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Biarpun lading di tanah seberang, Elok berakit untuk kenduri; Biarpun senang di rumah orang, Elok bersakit di pondok sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang kuda larinya deras, Biarpun jauh melompat juga; Orang tua hatinya keras, Biarpun lumpuh memanjat juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besarlah biduk dari perahu, Bila belayar sejalan juga; Biarpun teruk menahan rindu, Kubawa sabar sehabis daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besar tekukur seperti balam, Bila berbunyi sepadan juga; Biarpun hancur hati di dalam, Kanda pergi kulepaskan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bersarlah pasak daripada tiang, Tanda kerja takkan menjadi; Biarpun banyak dinista orang, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besarlah redan dari belimbing, Bila berbuah dimakan ungka; Biarpun badanlah kurus kering, Kerana cinta kutahankan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besarlah kuali dari belanga, Supaya mudah orang merendang; Biarpun hati kami merana, Kerana sumpah abang kukenang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besar perahu tiada kepalang, Mudik merayap menjelang senja; Biarpun malu dicerca orang, Adikkan tetap kupinang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besar perahu orang Tambelan, Muatan sarat tiada golek; Biarpun malu abang tahankan, Asalkan dapat bersama adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biarpun