Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adakah perkataan ini ada dalam BM;mengembang-biakkan. saya cuba cari dalam PPRM, tidak diperoleh datanya. | Ejaan yang betul ialah mengembangbiakkan yang membawa maksud menjadikan berkembang biak. | Makna | 08.09.2020 |
assalam, boleh terangkan perbezaan di antara diftong dengan vokal berganding? Adakah (ATAU) termasuk dalam diftong, tq | Manakala vokal bergabung pula ialah dua huruf vokal yang berdiri secara terasing dan bukan satu bunyi tunggal. Vokal berganding yang dimaksudkan ialah ai, au, oi, ia, io, ea, eo, eu, ua dan ui. contoh perkataan ; puisi, gear, siuman, biak, maut. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Atau merupakan diftong. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
perbezaan antara pusat pembinaan dan pusat perkembangan bahasa melayu | Menurut data kami, maksud pembinaan ialah 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dan sebagainya): zat-zat yang membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; manakala perkembangan ialah perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dengan~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yang dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Makna | 24.12.2015 |
Cucu Adam sepaian nabi( Rangkap 2 Pantun 8 Kerat, Antologo Dirgahayu Bahasaku, Teks komsas T5). apakah maksud sepaian? | saudara, Perkataan sepaian menurut kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berserakan, bertebaran ke merata-rata tempat. Sepaian dalam konteks pantun ini bermaksud manusia yang menjadi khalifah di dunia ini adalah pilihan tuhan yang berasal daripada Nabi Adam, kemudian berkembang biak dan bertebaran ke suluruh pelosok alam. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1458. sekian. | Sastera | 23.02.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata biak |
|
Puisi |
---|
|
Sirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama.
Lihat selanjutnya... |
|