Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
berkaitan perkataan biadap/biadap adakaha kedua-duanya boleh di gunakan | Ejaan yang betul ialah biadab. | Ejaan | 12.06.2012 |
Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. | Conversation started today Nadi Merah 12:14pm Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. Dewan Bahasa Dan Pustaka 12:29pm Dewan Bahasa Dan Pustaka Waalaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata bi (dari bahasa Parsi yang membawa makna tiada ) dan adab (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan biadap dan kebiadapan dalam carian kata yang akan kami selaraskan dengan biadab dan kebiadaban yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami mencadangkan agar saudara menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Moga membantu. Sekian. | Lain-lain | 03.06.2014 |
salam, saya keliru dengan ejaan sebenar bagi perkataan 'biadap'. mana satu yang betul? 'biadap' atau 'biadab'? 'kebiadapan' atau 'kebiadaban'?. utk pengetahuan saudara, saya telah merujuk dlm 'carian kata' tetapi saya dapati kedua-dua perkataan tersebut wujud dalam bm dan mempunyai maksud yang sama. diharap saudara dapat membantu saya. terima kasih. | Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’ (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’ (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’ yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.08.2010 |
ejaan untuk kata biadap atau biadab? lembab atau lembap? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah biadab dan lembap. | Tatabahasa | 13.05.2013 |
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang perbezaan antara prihatin tentang dengan prihatin terhadap. Yang manakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Ibu bapa prihatin tentang / prihatin terhadap pelajaran anak-anak di sekolah. 2. Ali prihatin tentang / terhadap keadaan kesihatan datuknya yang baru sembuh daripada penyakitnya. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu bapa prihatin tentang pelajaran anak-anak di sekolah. 2. Ali prihatin tentang keadaan kesihatan datuknya yang baru sembuh daripada penyakitnya. Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur rujukan sesuatu yang tidak tentu, umum atau mujarad manakala kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadap terhadap orang tua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tokoh | 11.05.2021 |