Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TENDON ACHILLES

Tendon Achilles ialah tendon di belakang

pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada

tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat

berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket.

Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang

Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon.

UMUM
BUKU LALI

Buku lali ialah sendi yang menyambungkan betis

dengan kaki. Sendi ini membolehkan kaki bergerak

naik turun.

UMUM
PATUKAN ULAR

Patukan ular. Biasanya ular ialah haiwan

pemalu dan hanya mematuk manusia jika

diganggu atau terpijak. Oleh itu, kebanyakan

patukan ular adalah pada kaki atau betis, dan tidak

banyak pada lengan atau tangan.

UMUM
MAH MERI

MAH MERI, suku kaum Orang Asli daripada kelompok Senoi. Mah Meri bermaksud orang daratan. Mah bermaksud orang dan Meri bermaksud darat atau daratan. Suku kaum ini dikenal juga sebagai Ma Betisék. Masyarakat ini menuturkan bahasa daripada rumpun Astroasiatik dan mereka mendiami pesisir pantai negeri Selangor khususnya di Pulay Carey. Mengikut banci 1991, masyarakat ini berjumlah 1778 orang.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
GUA CHA

GUA CHA, gua yang diduduki oleh masyarakat Hoabinhian lebih kurang 10 000tahun dahulu. Gua ini terletak di tebing utara Sungai Nenggiri di pedalaman Hulu Kelantan, lebih kurang 16 km ke hilir Kampung Kuala Betis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TANJUNG PAGAR

TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu.  Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak.  Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak.  Benteng pisang yang merupakan `pagar ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar.  Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang.  Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betis

Puisi
 

Mengeting kaki mengeting betis,
     Seperti benang sudah diisi;
Dipandang jauh cantikmu alis,
     Gambar adik terkenang hati.



Lihat selanjutnya...