Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Lima Bestari atau 5 Bestari jika dalam ayat guna yang mana?Dalam ayat biasanya ditulis 5 Bestari kerana merujuk kepada darjah 5 atau tingkatan 5.Lain-lain19.11.2016
merujuk kelas Lima Bestari atau 5 Bestari jika dalam ayat.Jika dalam ayat ialah merujuk kelas lima bestari.Tatabahasa17.11.2016
Pengunaan huruf yang betul.Bertempat di Kelas 3 Bestari atau Bertempat di kelas 3 Bestari.Penggunaan huruf yang betul ialah Bertempat di Kelas 3 BestariTatabahasa09.05.2016
sekolah bestari/sekolah perdana/ sekolah premiersekolah bestari/sekolah ulungIstilah21.11.2008
maksud dalam bahasa melayu 1) bestari 2) bistariEjaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik.Lain-lain19.10.2010
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih.1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari

2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar = Saya ingin berjumpa dengan guru besar.

Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas =  Guru Kelas Tahun Enam Cerdas

4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan.

guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa26.12.2012
Selamat Sejahtera Tuan. Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan perkataan Anugerah Bestari atau Anugerah Bistari untuk satu program anugerah kecemerlangan di universiti saya. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah bestari. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan28.02.2009
Tentang persoalan penggunaan kata "antara". Yang manakah betul? Antara (murid-murid / murid ) di kelas 6 Bestari, Shela yang paling rajin.Ayat yang betul ialah 'Antara murid di Kelas 6 Bestari, Sheila yang paling rajin.'  Kata sendi nama antara biasanya dikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.Tatabahasa13.08.2011
saya ingin bertanya tentang ejaan yang betul di dalam jawi perkataan berikut Bestari global resources Sendirian Berhad

Bestari global resources Sendirian Berhad

 

 

Ejaan28.10.2014
Tuan, Tolong beri tunjuk ajar, bagaimana membetulkan ayat-ayat berikut: 1.Murid-murid Tahun 5 Bestari itu membersihkan kelas secara baik. 2.Suasana pagi itu sungguh selesa dengan kehadiran keluarga Asok. 3. Anggota keluarga Perumal dapat bertemu dalam suasana yang gembira. Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah:

1. Murid-murid Tahun 5 Bestari membersihkan kelas mereka dengan bersungguh-sungguh.
2. Suasana pagi itu sungguh indah dengan kehadiran keluarga Asok.
3. Anggota keluarga Perumal dapat berkumpul dalam suasana yang sangat harmoni. 
Tatabahasa06.01.2021
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bestari

Puisi
 

Seladang mati di padang,
     Mati dipanah raja bestari;
Kalau ada anak perempuan,
     Kalau pinang ayahnya tak beri.



Lihat selanjutnya...