Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SARDINIA

Sardinia ialah pulau milik Itali yang terletak di Laut

Mediterranean di bahagian barat tanah besar Itali dan

jaraknya melebihi 160 kilometer dari tanah besar

tersebut. Daratan yang terdekat ialah Pulau Corsica

(milik Perancis), yang terletak 14 kilometer di sebelah

utara Selat Bonifacio. Nama Itali bagi Sardinia ialah

Sardegna. Ia merupakan pulau Mediterranean yang

kedua besarnya selepas Sicily. Luas Sardinia kira-kira

24 090 kilometer persegi. Pulau ini dan beberapa

pulau lain yang berhampiran membentuk kawasan

Sardinia yang mempunyai penduduk sebanyak 112

juta. Untuk lokasi Sardinia, lihat Itali (peta politik).

UMUM
PLANET

Planet adalah salah satu daripada sembilan objek

besar yang beredar mengelilingi matahari.

Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi,

Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.

Pluto dianggap sebagai planet yang paling jauh

kedudukannya dari matahari, walaupun pada tahun

1979 dan tahun 1999, jaraknya hampir dengan

matahari berbanding dengan Neptun. Matahari,

planet dan satelit nya (bulan), serta objek kecil lain

yang dikenali sebagai asteroid, komet dan

meteoroid membentuk sistem suria .

UMUM
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar jaraknya