Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Besar rumah besar tingkapnya, Besar pula pintu dibuat; Besar kepala besar cakapnya, Besar pula malu yang dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Besar tugal besar lubangnya, Tiap tahun duduk berladang; Besar bual besar malangnya, Lambat-laun masuk ke lubang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Besar batang besar akarnya, Akarnya jangan dikerat-kerat; Besar hutang besar bayarnya, Membayarnya jangan menunggu mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar batang besar akar, Akar jangan dikerat-kerat; Besar hutang besar bayarnya, Membayar jangan berlambat-lambat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar kayu besar batangnya, Bila tak patah tentulah tinggi; Besar malu besar hutangnya, Bila tak luka tentulah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Besar kayu kerana uratnya, Uratnya besar dapat bersimpuh; Besar Melayu kerana adatnya, Adatnya besar tempat berteduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar cupak berdasar sukatnya, Salah kira salah berhitung; Besar bengak besar akibatnya, Salah bicara badan terkurung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Rumah besar alang pun besar, Rumahnya datuk permaisuri; Alang-alang kerja besar, Tidakkan saya sampai ke mari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.



Lihat selanjutnya...