Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SISTEM KUKU BESI

Sistem kuku besi ialah satu bentuk kerajaan

yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had

terhadap rakyatnya. Pemimpin kuku besi tidak

semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik

dan bertimbang rasa, dan mereka juga mungkin

meletakkan kebajikan rakyat mereka lebih penting

daripada diri mereka sendiri. Tetapi kebiasaannya,

pemimpin despot tidak dikongkongi oleh orang

sekeliling mereka dan mereka kadang-kadang

menggunakan sepenuh kuasa mereka untuk

menjaga kedudukan mereka.

UMUM
MENCIUS

Mencius (390? S.M.305? S.M.) ialah ahli falsafah

Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang

tokoh yang paling berpengaruh dalam

perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai

Konfusianisme. Mencius paling terkenal kerana

keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia

adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat

sesebuah negara mempunyai alasan apabila

menggulingkan atau malahan membunuh raja yang

zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai

orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan

memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa.

Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam

Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin

merupakan koleksi ajarannya.

UMUM
DESPOTISME

Despotisme ialah satu bentuk kerajaan yang

ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had

terhadap rakyatnya. Despot tidak semestinya jahat

dan zalim. Mereka mungkin baik dan bertimbang

rasa, dan malah mereka mungkin meletakkan

kebajikan rakyat mengatasi kepentingan diri

sendiri.

UMUM
1